Friday, October 25, 2019

Apa langkah kerajaan membantu kewangan rakyat?

Penasihat ekonomi PM kata gaji rakayat Malaysia jauh lebih rendah berbanding dengan gaji negara serantau. Tapi bukankah sebelum ini PM kata gaji naik akan menaikkan kos, maka dengan itu ia bukan kaedah yang praktikal.

Wawasan 2020 gagal kerana Najib hanya mementingkan pendapatan rakyat. Kajian oleh BNM mendapati harga rumah sangat tidak mampu milik. Sepatutnya harga rumah mampu milik diturunkan, polisi untuk mendirikan rumah kediaman perlu kaji, tapi yang diturunkan harga rumah pemilikan asing.

Percanggahan diantara Tun dengan penasihat ekonominya, Muhammed Abdul Khalid tidak ada kesudahan. Dahulu pendapat adik ipar Tun Daim ini mendapat pujian netizen, percukaian sedia ada membebankan golongan bawahan dan ia perlu dikaji semula.

Gaji rakyat banyak diperuntukkan bagi membayar hutang rumah dan kereta. Jika kerajaan tulus membantu rakyat, cukai kenderaan perlu dikaji, harga rumah perlu disemak dan dikawal serta memperuntukkan lebih banyak skim pemilikan rumah pertama.

Akibat kecelaruan politik, pelabur menjarakkan diri untuk memasuki pasaran. Sepatutnya pasaran akan meningkat selepas belanjawan, tetapi ia tidak berlaku seperti apa yang sepatutnya.

Jangan dijadikan perseteruan ekonomi diantara US dan China telah melembapkan ekonomi negara jika menteri kita ke luar negara lagaknya seperti pergi melancong.

No comments:

Post a Comment