Sunday, November 3, 2019

PRK Tanjung Piai, medan uji minda

PRK Tanjung Piai ialah medan ujian bagi PH dan BN menguji sokongan kepada parti. Peratusan diantara kaum melayu dan cina yang agak seimbang memerlukan sentuhan pengalaman dalam memenangi hati pengundi.

Walaupun pada pru14 kaum cina seperti sebulat suara memberi sokongan kepada PH, tetapi berdasarkan kepada pengundian dan majoriti kerusi P165, orang cina di Tanjung Piai seakan masih setia mengundi BN.

BN kalah di kerusi ini bukan kerana kaum cina tetapi orang melayu di Tanjung Piai menolak calon MCA kerana mereka mengharapkan calon BN adalah dari parti Umno. Jika undi BN dan Pas disatukan, PH akan kehilangan kerusi.

BN mampu merampas kerusi.

Tidak mustahil BN mampu merampas kerusi ini jika mengambil kira kemenangan Tok Mat di Dun Rantau kerana peratusan kaum dan keputusan prk di dun tersebut mempunyai persamaan yang jelas

Mengambil kira keputusan prk sebelum ini, walaupun PH berjaya menjadi kerajaan namun gabungan parti ini masih belum menjumpai resepi kemenangan di kerusi yang peratusan kaum agak seimbang dan di kawasan melayu.

Pengalaman BN amat luas dalam mentadbir kerajaan dan menghadapi pilihanraya. Semasa menjadi pembangkang, PH boleh bermain sentimen tetapi kini PH tidak boleh menggunakan air liur untuk mengaburi rakyat. Kegagalan mereka dalam meningkatkan ekonomi dilihat sebagai kegagalan yang total.

Walaupun BN tidak reform sepenuhnya, parti ini bingkas bangkit mengatasi masalah dalaman dan menyusun startegi bagi menarik kembali kepercayaan rakyat. Penyatuan ummah adalah reform yang tidak pernah terfikir oleh umno mahupun Pas.

Calon

Calon adalah faktor utama kemenangan setiap prk dan PH telah menampilkan calon yang berkaliber dan mampu menarik pengundi melayu. Akan tetapi kelebihan ini boleh dipadam dengan calon MCA untuk mendapatkan undi cina dan dengan adanya calon Berjasa, sedikit sebanyak undi orang melayu akan berpecah.

Walaupun PH menampil seorang ahli agama, faktor ini masih sukar untuk mendapatkan undi ahli Pas.

BN sedar pengundi melayu di parlimen ini mahukan calon dari kalangan orang melayu, calon kitar semula Wee Jeck Seng boleh dikatakan dipilih last minute kerana ketua umno Tanjung Piai dikatakan sudah mendapat mandat.

Sentimen memertabatkan melayu amat jelas ketika ini dan Ahmad Zahid dihentam oleh penyokong melayu kerana kelayuaan menangani MCA. Namun dalam pemuafakatan, banyak faktor yang sukar diterangkan kepada semua. Adalah lebih mudah menjelaskan keadaan ini, Prk Tanjung Piai adalah medan untuk menguji polarisasi pengundi.

Kelebihan ada PH kelemahan juga ada pada mereka.

Sebagai kerajaan memerintah negara dan negeri, PH mempunyai kelebihan menggerakkan jentera kempen serta sumbangan yang boleh disalurkan kepada rakyat.

Kemenangan BN di Tanjung Piai bergantung kebijaksaan pemimpin, umno selaku tunjang BN tempang kerana asetnya dibekukan dan sering mendapat tekanan daripada pihak yang berkuasa.

PH lebih selesa memenangi hati rakyat dengan keupayaan jentera serta kemampuan wang ringgit yang mampu menarik undi ke dalam peti undi. Kemenangan parti ini tidak boleh dinafikan jika pihak lawan gagal menjelaskan kegagalan kerajaan melaksanakan janji pru dan kelemahan mentadbir negara.

No comments:

Post a Comment