Friday, November 8, 2019

Hutang 1MDB, Guan Eng membelit

Sudah hampir dua tahun PH mentadbir Putrajaya, tetapi PH masih berterusan menyalahkan dan mengeluh kerana terpaksa membayar hutang kerajaan lama.

Jika 2 jam menteri kewangan menjawab soalan dalam dewan rakyat, 1 jam akan diperuntukkan untuk berceloteh hutang 1MDB dan akhirnya dewan gamat dek perang mulut.

Ceritanya seperti dunia hendak kiamat, walhal apa yang diceritakan hanya separa benar. Seperti yang disangkal oleh Tuan Ibrahim, beliau tidak perlu pertikai kewibawaan MP lain. Beliau seharusnya menjawab soalan bukan merendah²kan MP yang bertanya.


PH hanya membayar RM2.4 bilion berbanding BN sudah membayar RM6.7 biliion pada 2017. Sepatutnya RM6.7 bilion tidak perlu dimasukan dalam amaun hutang kerana ia sudah dibayar. Begitu juga RM2.7 bilion bagi tahun 2020, tidak ada sebab mengapa belanja tahun 2020 berada di kewangan 2019.

Nilai hutang yang dikeluarkan olehnya bertujuan mengelirukan rakyat, jika rakyat sedar amaun yang dibayar pada tahun ini hanya RM2.4 bilion, mereka pasti akan mendapat krtitikan.

Hutang 1MDB

Baki hutang 1MDB sehingga tahun 2039 berjumlah RM41.8 bilion, anehnya MOF tidak mengesahkan nilai asetnya walau disoal berkali² oleh Ahmad Maslan.

Guan Eng tidak mahu menjawab kerana fakta 1MDB mudah dikelirukan dan masih dibicarakan. Dia juga tahu impak dari 1MDB jauh lebih tinggi daripada nilai hutangnya.

Begitulah apa yang terjadi pada pelaburan tanah TH di TRX dimana akhirnya fitnahnya terbongkar dengan mengakui TH mendapat untung RM200 juta.


Seperti yang diperakui oleh Tun, GDV Projek Bandar Malaysia mampu menjana RM140 bilion jika siap sepenuhnya. Guan Eng sendiri yakin TRX mampu menarik GDV RM40 bilion, jadi apa isunya hutang 1MDB sedangkan PH sendiri berhutang bagi membiayai pembangunan negara.


Dalam pembentangan budget 2020, sepatutnya tidak ada perbelanjaan bagi tahun 2019, tetapi oleh kerana menteri kewangan bernama Lim Guan Eng, beliau sengaja memanipulasikan fakta.


Sebelum ini dia juga menipu dengan mengatakan 1MDB berhutang dengan IPIC, tetapi tomahan itu disangkal oleh IPIC bahawa 1MDB tidak mempunyai sebarang hutang dengan mereka.

Mengapa Lim Guan Eng juga tidak mahu menjawab soalan yang diajukan oleh Najib berkenaan dengan satu perjanjian IPIC yang tamat pada tahun 2020?.

Dalam perjanjian itu dinyatakan, IPIC akan memulangkan semula duit 1MDB jika berlaku sebarang kehilangan wang. Kita boleh menjangkakan pada waktu ini Guan Eng akan menipu rakyat dengan mengatakan kerajaan PH berjaya mendapatkan semula wang yang dicuri.

Hutang VS untung.

Pembayaran hutang 1MDB jauh lebih murah berbanding dengan keberhasilannya menghapuskan pembayaran RM20 bilion setahun atau RM400 bilion wang rakyat kepada IPP melalui Petronas.

PU Sendayan dan PGU Subang milik PDRM dibangunkan oleh 1MDB berserta beberapa PU ATM yang dinaiktaraf. Nilai anggaran keseluruhan GDV yang mampu dijana 1MDB bernilai RM200 bilion.

Oleh sebab ini PH sengaja menyembunyikan fakta berapa jumlah aset dan nilai GDV yang mampu dijana oleh 1MDB.

PH menjarah rizab Petronas.

PH telah menjarah rizab Petronas RM82 bilion, bukankah wang itu jauh lebih berkemampuan untuk membayar hutang RM4.5 bilion untuk tempoh 2 tahun?

Dimana rasionalnya kerajaan menanggung beban hutang 1MDB?

Ketika mereka menjarah rizab petronas, menjual aset, melupuskan liabiliti, memotong bantuan rakyat dan mengambil semula deposit bayaran yang sudah dibayar, pada masa yang sama PH telah merekodkan hutang lebih daripada RM100 bilion.

Di ketika mereka meleburkan liabiliti dan membuat aktiviti mengambil untung, tetapi ekonomi negara semakin lembab. Bayangkan apa akan jadi jika negara mengalami krisis ekonomi?


Hari ini di Tanjung Piai, Muhiyydin menyarankan agar kerajaan membuat pakej rangsangan bagi mengatasi kelembapan ekonomi. Dimana kerajaan harus mengambil wang jika nilai hutang sudah mencapai 53% kdnk?

Jika tidak bankrup seperti Greece, ekonomi negara akan mengalami krisis seperti Itali dan Argentina. Jika ia terjadi, kerajaan akan mengurangkan bilangan penjawat awam, menaikan cukai, tidak membuat penyelenggaraan dan yang pasti tiada bantuan untuk rakyat.

Hutang ECRL belum mencapai tempoh, begitu juga dengan pembinaan RTS yang mohon ditangguh, jika kedua² hutang ini mencapai tahap matang, dimana negara mahu mencari duit?

No comments:

Post a Comment