Friday, November 8, 2019

Malaysia Baru hanya slogan

Malaysia baru sepatutnya berteraskan politik baru yang membawa dasar kepada kesepakatan untuk kemakmuran bersama.

Malaysia baru tidak akan terjelma kerana ideologi PH jauh bersilang sesama mereka. Ibarat masakan kari dicampur kicap adalah mustahil memperbaiki masakan seperti itu menjadi masakan yang enak.

Bagaimana Bersatu mampu menjaga melayu sedangkan DAP anti melayu sementara PKR parti liberal yang memperjuangkan semua kaum?

Keluhan MB Perak bukan rekaan, inilah hakikat dimana kedudukannya sering diserang oleh rakan partinya sendiri.



Tun Dr. Mahathir berkali² mengatakan cabaran paling berat menjadi PM kali kedua ialah menguruskan parti. Ia boleh dimaksudkan, ekonomi sebelum ini tidaklah setenat seperti yang disebutkan oleh Menteri Kewangan.

Apa yang menggembirakan Tun pasca pru14 ialah pertukaran kerajaan tidak ada pertempuran seperti di negara lain. Pengakuan ini memberi pengertian bahawasanya Ds Najib menyerahkan kuasa dengan tertib tidak seperti yang Tun jangka.

Tun membangkitkan perkara ini kerana jika berlaku pertukaran kerajaan semasa Tun menjadi perdana menteri, mungkin sebaliknya yang terjadi.

Lim Kit Siang super Rasis.

Malaysia baru hanya satu slogan. Jika rakyat mahu melihat politik dan negara berwajah baru, pemimpin lama seperti Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Anwar dan Mat Sabu bersara.

Lim Kit Siang orang lama, dia disanjung oleh orang cina tetapi dalam konteks Malaysia beliau dianggap parasit. Dia tidak diterima oleh orang melayu kerana terlalu ekstrim dan pandangannya tidak begitu cerdik.

Dia mengkritik BN dalam Prk Tanjung Piai kerana PH bukan bertanding dengan MCA tetapi Muafakat Nasional.

MCA kekal bersama BN setelah parti itu kalah teruk di PRK Balakong walaupun MCA menggunakan logonya sendiri. Muafakat Nasional juga diumumkan secara gilang gemilang dan diketahui umum, jadi apa isunya En. Lim Kit Siang?

Jangan lupa Lim Kit Siang adalah bapa rasis cina di Malaysia. Apa yang dimaksud olehnya ialah Wee  Jeck Seng cina tetapi dibelakangnya ialah melayu. Kenyatataan itu menggesa orang cina untuk mengundi bersatu kerana mengundi Wee Jeck Seng umpama mengundi melayu.

Dalam PH, melayu adalah boneka.

Satu faktor mengapa PH semakin ditolak ialah mereka sering merendahkan pengetahuan rakyat, gagal mengurus ekonomi dan tidak menunaikan janji.

Bukan seperti tuduhan yang dilemparkan Lim Kit Siang, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sudah sebati dengan kehidupan menyukarkan PH untuk melakukan pembaharuan.

Jika kenyataan Lim Kit Siang dan Tun benar, mengapa rakyat menolak BN ketika mereka ditawarkan wang ringgit dan pangkat yang jauh lebih baik?

Malaysia baru yang lebih tepat ialah pemuafatan nasional dimana orang melayu lebih bersatu walau mereka sudah hilang kuasa. Hakikat ini diakui oleh PH dan demografi  kaum di Tanjung Piai amat sesuai dijadikan sampel samada gagasan ini diterima rakyat atau sebaliknya

No comments:

Post a Comment