Friday, November 22, 2019

Parlimen perlu dibubarkan

Dalam dewan rakyat MP Port Dickson menyindir MP Sembrong dengan rancangan sulitnya membawa MP BN menyokong Tun. Rancangan awal Tun mahu mengangkat Hishamuddin sebagai PM, dan Azmin sebagai timbalan.

Walaupun Muhiyyiddin orang lama dia tidak ada penyokong, ditambah dengan masalah kesihatan dia tidak mampu untuk membantah. Dia hanya budak suruhan Tun.


Politik Malaysia ketika ini tergantung. Jika Tun berjaya dijatuhkan, jawatan itu akan kekal kosong dan parlimen akan dibubarkan.

Jika Zahid orang yang cerdik, boleh sahaja dia mengajak Pas dan GPS menyokong Anwar untuk menjatuhkan Tun. Dan selepas itu, mereka akan menolak sokongan kepada Anwar bagi membolehkan parlimen dibubarkan.

Hayat politik Tun akan tamat bersama MP BN yang bersengkongkol dengan Azmin. Jika pru dapat dijalakan dengan masa terdekat, muafakat nasional akan menguasai kerusi di semenanjung.

Demi kesihatan negara, adalah lebih baik parlimen dibubarkan. Kerajaan hari ini mengalami defisit sokongan rakyat dan politik yang tidak stabil memburukan ekonomi dengan penarikan pelabur.

Dalam momentum sokongan rakyat yang tinggi sepatutnya Zahid lebih proaktif dalam membuat jurus politik. Beliau perlu menyaingi pemikiran Tun jika mahukan umno mengambil semula Putrajaya. Jika  rombakan kabinet berjaya, umno akan kekal dalam muzium kerana tiada pemberontakan dari rakyat.

Keadaan bertambah buruk jika keputusan makamah tidak memihak kepada Najib. Beliau adalah penyebab masalah PH dimana suaranya masih didengari oleh rakyat.

Tindakan Hishamuddin adalah kepentingan peribadi. Dikala orang melayu mahukan perubahan dia menjadi pengkhianat parti dan bangsanya.

No comments:

Post a Comment