Sunday, November 24, 2019

PH wajar kerajaan sepenggal

Mesyuarat kepimpinan PH merumuskan kekalahan PH di Tanjung Piai kerana mereka gagal mengurus persepsi. Pada pandangan orang cina, Mahathir memperkudakan DAP sementara orang melayu melihat DAP seperti kaduk naik junjung.

Tun senada dengan Lim Kit Siang, banyak kejayaan PH gagal disampaikan kepada rakyat dan salah satu daripadanya ialah melantik pegawai kanan kerajaan.

Benar atau tidak apa yang mereka katakan, rakyat boleh menilai siapa yang memegang jawatan kanan penjawat awam sekarang.

Peguam Negara, Pengerusi SPR, Ketua Pengarah SPRM semuanya tahi politik PH, malah ketua semua agensi lain diisi oleh orang PH. Bukankah PH berjanji untuk melantik mereka melalui parlimen?

Pembaharuan.

Orang melayu faham mengapa kerajaan memberi rundingan terus kepada NAFAS, tetapi dahulu PH mengkritik BN kerana perkara seumpama ini. Mengapa NAFAS harus ditadbir oleh orang politik dan dananya digunakan dalam agenda politik? Dimana reform pada pentadbiran?

Tahun 2020 tidak sepatutnya kerajaan merendahkan pemikiran rakyat. Itu satu penghinaan kepada rakyat yang memberi kuasa kepada mereka.

EXCO Perak Paul Yong yang menghadapi tuduhan merogol terus bertugas walaupun kesnya sedang berjalan. Bukankah ia satu penghinaan kepada rakyat?

Dikala rakyat memerlukan bantuan, hari² rakyat disajikan dengan cerita fiksyen. Hikayat kereta terbang dan rampasan kuasa oleh bakal perdana menteri.


Di ketika mereka tidak menunaikan janji, DAP begitu menekan kerajaan hal yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Dalam kes pembabitan LTTE mudah bagi DAP membodohkan orang melayu, LTTE sudah tidak wujud lagi, jadi tidak ada sebab mengapa pemimpin mereka harus didakwa.

Orang melayu salah tafsir akan hal ini ke? Tolonglah...

Apa yang disajikan oleh PH kepada rakyat? Najib dengan skandal 1MDB, hutang Felda, kapal selam atau PH menyelamatkan Tabung Haji. Siapa dalam dalam tabung haji yang disiasat atau sekurang² kerajaan menubuhkan RCI untuk merungkai permasalahan di TH?

Dalam banyak² skandal, juruaudit mana yang disiasat oleh kerajaan kerana bersengkongkol dengan BN?

Selepas PERMATA ditukar kepada genius, maka ia seperti disucikan oleh PH. Sebelum pru PH giat memfitnah Rosmah, walhal program itu memang baik dalam mendidik anak² yang berbakat.

Ini belum melibatkan janji lain, Nik Nazmi dengan EPL percuma, pendidikan percuma, gaji yang tinggi atau sejuta peluang pekerjaan. Dikala ramai yang dibuang kerja, menteri sumber manusia mendabik dada 600K peluang pekerjaan telah disediakan.

Wajar atau tidak kerajaan sepenggal biar rakyat tentukan. Jika dinilai dengan prestasi kerajaan, keputusan prk Tanjung Piai adalah jawapan kepada PH.

No comments:

Post a Comment