Friday, December 6, 2019

Bubar parlimen atau Tun turun dengan hina

Pertemuan yang tidak digemari oleh Tun dan tawar menawar antara mereka berdua sekali lagi akan mengubah landskap politik.


Jika Tun tidak mengumumkan akan meletak jawatan sebelum Mei 2020, persidangan dewan rakyat akan datang akan menyaksikan undi tidak percaya kepada perdana menteri diusulkan.

Kali ini Tun sukar untuk melepaskan diri. Mengugut atau membunuh karektor seperti kebiasaanya dilihat kurang bijak. Jika Tun mahu membuat resepi baru dengan melantik Guan Eng sebagai TPM, Dap akan dilihat ke belakang.

DAP tidak mahu jawatan kosong tetapi Dap melihat prospek yang lebih besar dibawah aturan Anwar.

Pas dan Umno tidak mampu menyelamatkan Tun dalam situasi ini. Tetapi parti melayu ini boleh memberi nafas kepada Tun jika dia mengambil tindakan membubarkan parlimen.

Tun tidak memikirkan dirinya, tapi anak²nya dan kroninya memerlukan tindakan bijak darinya.

Ketika faktor wow diperlukan bagi mencari dokongan rakyat, PH diyakini tidak mampu menawarkan apa² selain menabur janji.

Jika muafakat nasional berjaya dalam hubungannya, PH dalam situasi yang mencemaskan. Atas kertas PH hanya boleh mengekalkan kerusi di kawasan melayu dibawah 55% atau melayu di Gombak. Melayu Shah Alam mungkin akan setia dengan Khalid Samad tetapi mungkin tidak di kerusi Kapar.

Pkr, Dap dan Amanah

Pakatan ini mampu menumbangkan Tun kerana Anwar berkemampuan menginspirasikan ahli parlimen yang tidak diperlukan dalam parti. Tidak mustahil Nazri Aziz dan Hishamuddin boleh menyeberang kerana sebelum ini namanya sudah tidak seharum seperti dulu.

Politik Anwar berliku hanya disebabkan kegilaannya mahu menjadi perdana menteri. Cuba fikirkan jika Anwar menawarkan GPS pembayaran royalti minyak yang dituntut oleh Sarawak atau lain² tawaran seperti tuntutan perjanjian MA63?

No comments:

Post a Comment