Friday, January 10, 2020

Lateefa Koya mengadaikan keselamatan negara


Hanya SPRM yang tahu motifnya mendedahkan perbualan telefon Najib dengan Rosmah dan beberapa individu lain. Sebelum ini belum ada agensi kerajaan membuat kerja gila seperti ini.

Undang-undang.

Kalau tidak silap, undang-undang membenarkan untuk mencuri dengar dengan atas sebab keselamatan atau salah laku tetapi ia tidak menyatakan boleh atau tidak mendedahkan hasil intipan. Mungkin sebelum ini belum terjadi tindakan sesebuah agensi penguatkuasa bertindak luar batas.

Undang-undang dalam whislebowler dalam OSA tidak terikat dengan perlindungan pemberi maklumat kerana kepentingan osa itu sendiri.

Najib tergolong VVIP dan tindakan Lateefa memberi maksud national security kita di tahap paling buruk. Bukan setakat pelabur takut untuk melabur, malah jika pendedahan ini dijadikan rujukan pemimpin dunia akan takut untuk saling bertukar maklumat.

Keselamatan negara.

Lateefa Koya menyatakan pihaknya mendapat rakaman daripada pihak ketiga, sepatutnya ATM atau PDRM perlu membuka kertas siasatan bagaimana pihak ketiga boleh memecah masuk panggilan telefon yang dibuat oleh perdana menteri.

Bayangkan jika rakaman yang berkaitan dengan keselamatan jatuh di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab?

Jika SPRM boleh tapping panggilan PM, selamatkah panggilan telefon yang dibuat oleh panglima ATM atau para pagawainya?

Fikirkan jika syarikat telekomunikasi mendapat akses untuk mencuri dengar perbualan telefon vvip dalam negara? Apa akan jadi dengan keselamatan negara?

Apa yang menghairankan ialah rakaman itu didedahkan tanpa ada siasatan penuh dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sebagai lawyer sepatutnya Lateefa tahu 1MDB sedang dibicarakan di makamah, bukankah ia seperti menghina makamah?

Curi rakam mesyuarat.

Sebelum ini kita dihebahkan dengan rakaman mesyuarat laporan audit 1MDB setelah Nor Salwani meletakkan perakam suara di bekas pensil seorang wakil JAN, Saadathul Nafisa.

Nor Salwani dijulang hero walhal apa yang dia lakukan adalah salah kerana dia berada dalam mesyuarat. Jika mesyuarat diperlukan untuk diminitkan, KSN sepatutnya dipersalahkan kerana tidak melantik seorang secara formal.

Bayangkan apa akan jadi jika seseorang itu seperti Nor Salwani itu agen dari perisikan luar dan hadir dalam mesyuarat yang tidak sepatutnya?

Apa jua pun kita harus patuh pada undang-undang, tiada tindakan yang menghalalkan cara.

No comments:

Post a Comment