Sunday, March 1, 2020

Penyelesaian politik aras tinggi

Selepas mengangkat PM paling tua di dunia, sekali lagi PH mencatat sejarah kerajaan meruntuhkan kerajaan sendiri. Lebih melucukan apabila mereka ibarat gila talak merayu untuk berkuasa semula.

Kalau berpolitik bodoh apatah lagi mentadbir negara, kacau bilau jadinya. Anwar Ibrahim orang lama  dalam politik mahupun pentadbir, tapi tindakannya tidak menggambarkan pengetahuan yang sepatutnya.

Kesilapan pertama Anwar ialah menyuruh Rafizi melawan Azmin dan selepas menjadi kerajaan Anwar berterusan berseteru dengan Azmin. Semasa berkuasa Anwar tidak meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak, malah Guan Eng sombong dengan negeri Borneo.

Tun Mahathir berkali mengucapkan, untuk jadi perdana menteri perlu sokongan dewan rakyat, bukankah ia bermaksud Anwar perlu cari sokongan sendiri 112 ahli parlimen?

Setelah menyedari Tun Mahathir tidak mahu menyerahkan kuasa, Anwar masih berterusan mendesak meletak jawatan pada ketika dia sendiri defisit sokongan MP? Bukankah dia tahu apabila PM meletak jawatan kabinet akan terbubar dengan sendirinya?

Esok Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM ke 8 dan ini bukti kebijaksanaan raja-raja dalam mengurus orang politik.

Walaupun DYMM Agong boleh mengunakan Perkara55 (2) dalam perlembagaan iaitu kuasa membubarkan parlimen walaupun sesetengah pakar perlembagaan mentafsir tersebut dengan Perkara40 (1A) iaitu MENERIMA nasihat daripada PM, tetapi DYMM Agong dengan bijaksana merungkai kemelut politik mengembalikan kuasa kepada parlimen.

Tun Mahathir masih tetap dengan pendirian mahu mendirikan kerajaan campuran dan mungkin sebab itu beliau tidak mahu parlimen dibubarkan.

Bagi mengatasi kemelut politik, DYMM Agong melantik Muhyiddin agar beliau diberi peluang untuk mengurus parlimen. Jika dia berjaya mendapat sokongan dalam parlimen maka parlimen tidak perlu dibubarkan dan jika dia gagal dalam undi tidak percaya atau meluluskan rang undang-undang maka dengan sendirinya dia selaku PM boleh memohon kepada DYMM untuk membubarkan parlimen.

Jika parlimen tidak dibubarkan besar kemungkinan kemelut politik tidak akan selesai. Orang politik cuba untuk bermain angka² tetapi Agong telah memerangkap mereka dengan teorinya dengan menggunakan Perkara 43 (4).

No comments:

Post a Comment