Wednesday, April 15, 2020

Dongeng bukan bereti ia fiksyen semata

Tulisan dongeng yang tidak berlandaskan akademik mahupun fakta.

Dalam satu ceramah Ustaz Auni ada menyebut kisah 3 Abdul dalam filem P.Ramlee, salah satu watak dalam filem tersebut ialah Sulaiman Akhlaken.

Sulaiman Akhlaken ialah peguam yang jujur, penjaga harta Ismet Ulam Raja di luar negara. Dalam filem tersebut ada babak mengisahkan anak-anak yatim yang mahu perlindungan.

Mungkin ia hanya babak dalam filem, tapi adakalanya filem diadaptasi dari cerita benar. Sebuah drama korea My Secret, Terrius dengan tepat menyebutkan wabak cronovirus. Mungkin ia kebetulan tetapi hari ini ia menjadi kenyataan.

Dalam filem 3 Abdul Saddiq Segara marah apabila rumahnya dilelong. Boleh dikatakan kemuncak kemarahan rakyat pada kerajaan PH kerana mereka menjual harta rakyat.

Watak Sulaiman Akhlaken ialah orang amanah, menjaga harta dan sementara Abdul Wahub ialah orang yang menyatukan adik beradiknya, memberi kemakmuran dan kasih sayang.

Ahmad Albab.

Tidak terfikir pun adanya susuk tubuh Ahmad Albab empunya harta karun. Tetapi pada mereka yang suka akan cerita fiksyen, satu hari nanti seorang pewaris akan dibenarkan mengeluarkan harta Ahmad Albab.

Dikatakan harta Nusantara akan dikeluarkan pada waktunya oleh pewaris diketika alam nusantara dalam kegelapan.

Akibat pandemik covid-19 bank dunia sudah mengeluarkan kenyataan dunia dalam kemelesatan ekonomi. Kita masih ada rizab untuk menampung dalam satu tempoh, tetapi dengan isu keselamatan kesihatan yang belum selesai dan ekonomi kita bergantung dengan minyak kemungkinan negara akan menghadapi krisis yang tidak tertampung.

Negara jiran.

Cerita dongeng negara jiran, mereka ada satrio peningit yang membawa agenda notonogoro di akhir zaman. Notonogoro ialah membawa maksud, pewaris yang disebutkan akan menyatukan negara nusantara di ketika rumpun ini dalam kesempitan.

Keadaan Indonesia mungkin lebih parah berbanding dengan negara kita. Ramai yang melabel Covid-19 di Indonesia umpama bom jangka. Mereka juga melaksanakan seperti pkp tetapi bantuan kepada rakyat amat sedikit nilainya kerana kosnya terlalu besar.

Mereka ada satu kepercayaan, satu hari nanti sabdo palon akan muncul membawa kerosakan dan dikalangan mereka percaya tahun 2020 adalah tahun kemunculanya menuntut janji.

Jika Soekarno dikatakan mempajakkan sejumlah emas kepada eropah (US), Malaya juga ada mempajakkan sejumlah emas yang tidak kurang banyaknya dengan British.

Dikatakan hanya pewaris boleh berunding membawa faedah emas di eropah dan nusantara.

Akhir zaman.

Alam melayu penuh mistik. Orang akan sinis jika banyak wali Allah ramai di nusantara, katanya kita terlalu taksub dengan melayu.

Ciri-ciri kota Atlantis banyak persamaan dengan nusantara, penemuan arkeologi Sungai Batu seakan membuktikan kebenaran cerita Plato.

Ilmuan seperti Plato, tidak mungkin dia bersajak dengan cerita sang kancil seperti pak pandir.

Cerita melayu penah menguasai dunia juga seakan menemui kebenaran. Penemuan dna yahudi pada orang melayu juga seakan membuktikan cerita melayu keturuanan Nabi Ibrahim as adalah sesuatu yang benar.

Cuma apabila minda kita mengagungkan eropah kita seakan dibutakan.

Bukankah kemajuan eropah adalah hasil daripada kajian saintis Islam terdahulu?

Dalam kitab yahudi, satu bangsanya akan menyembelih mereka. The Lost Tribes mencatatkan yahudi berjaya menemukan 10 bangsanya di negara asia tengah. Bagaimana mereka boleh berada disitu.?

Tidak bermakna tiada catatan maka kita menidakkan cerita dongeng seperti Hang Tuah. Mungkin Allah menyembunyikan bangsa ini untuk bangkit di akhir zaman untuk membantu panji Allah swt.

Satu persoalan yang ditimbulkan oleh ustaz Auni, arah rukun kaabah yang mana belum bergolak?

Di satu sudut, dimanakah tempat perang dunia ketiga boleh dipicu?

No comments:

Post a Comment