Saturday, April 25, 2020

Ustaz Ebit dikecam, patutkah?

Sedih dengar luahan Ustaz Ebit, ustaz² kutuk dia di belakang. Musim pkp, dia banyak beri bantuan merentasi kaum dan agama.

Bantuan kepada keluarga Pak Ishak di Alor Setar menjadi topik hangat apabila kerajaan negeri dan pusat zakat mengecam tindakan beliau.

Sepatutnya cukup dengan penjelasan, pihak berwajib tidak perlu tercabar dan mengecam bantuan yang dihulurkan. Sekurang-kurangnya dengan kerja ustaz Ebit, satu keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Stigma awam, ‘Dah la miskin, rumah kotor, pemalas sungguh. Badan sihat anak ramai, orang malas seperti mereka tidak patut dapat zakat.’

Akal kita akan berkata begitu, tapi kalau akal mereka seperti kita mungkin kita pula ditempat mereka. Kalau cemburu dengan bantuan zakat, sila la merempat.

Akal, pendapat, sikap orang berbeza berdasarkan pendidikan dan persekitran. Musim pkp kita boleh lihat kebodohan orang berpelajaran, tipu sekatan untuk apa?

Ada orang sanggup beratur berjam untuk berselfie beli roti dan sedikit keperluan dapur, sedangkan keperluan itu didapati di kedai runcit tanpa beratur. Kerja bodoh tapi kerana perbezaan pendapat tak perlu la kecam.

Ustaz moden.

Ulama terdahulu tujuan berdagang untuk berdakwah. Satu nusantara di Islamkan, ulama sekarang pulau Bali masih gagal di Islamkan.

Tidak kecam para ustaz tapi apabila mereka memperlekehkan kerja dakwah Ustaz Ebit Liew menampakan sisi buruk kepada Islam. Jika orang Islam kecewa, bagaimana dengan penganut agama lain?

Di Malaysia ramai pendakwah, malangnya bilangan non muslim menganut kristian semakin ramai. Salah satu sebab, para ustaz tidak dikenali oleh non muslim, ustaz lebih selesa berdakwah di dalam masjid berbanding di luar masjid.

Sepatutnya berdakwah kepada mereka yang lara, orang yang melupakan masjid dan orang yang belum kenal Islam agar لله سبحان و تعالىٰ membuka pintu iman mereka. Bukan berdakwah pada orang yang imannya masih kuat.

Dugaan Ustaz Ebit akibat daripada politik golongan ini. Ustaz Ebit ada bisnes, dia tidak terkesan dengan populariti ustaz lain, sebaliknya rezeki ustaz lain bergantung dengan bilangan ceramah. Sudah disabdakan oleh Nabi, akhir zaman ramai yang menjadi penunggang agama atau menjual agama.

Didoakan agar ustaz Ebit diberi kekuatan, berbuat baik memang susah. Jika semua orang berserban itu pejuang agama, tidaklah berlaku gempa untuk mengeluarkan orang munafik di Madinah.

No comments:

Post a Comment