Wednesday, April 29, 2020

Pati patut dibersihkan.

Pelarian dan pati isunya sama, kerajaan akan menyapu sampah sehingga rumah sendiri tidak terurus.

Kesukaran mengurus pelarian vietnam di Pulau Bidong patut jadi iktibar kepada kita atau setidak-tidaknya bangsa yang dulunya diimport oleh british hingga kini masih bersikap chauvinist.

Hari ini mereka menuntut sesuatu yang bukan haknya, tidak mustahil satu hari nanti mereka akan digunakan oleh pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam. Di luar banyak pelabur sudah merekrut anasir meruntuhkan sistem perlembagaan, kita sengaja mentulikan diri bagi menafikan perkara itu.

Jika mahu melihat dunia, semua bangsa anak Nabi Adam ada di Malaysia. Malaysia menjadi pilihan kerana polisi kerajaan dan sikap rakyatnya yang bertoleransi. Di negara ini mereka bebas berniaga, menceroboh tanah kerajaan untuk mendirikan rumah.

Kegilaan sudah mencapai tahap zaman edan apabila persatuan peniaga pasar borong memohon kerajaan untuk memberi pelepasan menggaji pati. Undang-undang digazetkan untuk dipatuhi bukan dilaksanakan mengikut perut sesetengah pihak.

4 Juta orang berada tanpa sebarang dokumen, jika RM500 setiap seorang kerajaan mampu mengutip berbilon setahun.

Kerajaan memeras cukai kepada rakyat sendiri, ketika rakyat bekerja lebih masa kerajaan akan mengenakan cukai. Apabila si isteri bekerja membantu suami hasilnya disatukan bagi menidakkan bantuan yang sepatutnya diterima.

Banyak penyakit berpunca dari tekanan kerja dan mengurus kehidupan. Kualiti hidup rakyat tidaklah indah seperti yang disangka. Ketika mereka berjuang bagi kehidupan yang lebih baik, kerajaan menambah beban kepada mereka.

Bumi ini milik Allah tetapi Allah juga menetapkan rezeki dan panduan kepada umatnya. Membantu sehingga terpaksa membunuh diri bukan pilihan yang bijak.

Rohingya.

Rumah cantik sudah dibina, tetapi mereka enggan tinggal di pulau Bhasan Char Bangladesh. Bukan banjir yang mereka takutkan tetapi jika menjadi pelarian lebih menguntungkan untuk apa menjadi petani.

Jika seagama menjadi perkara pokok, rakyat Palestin sudah lama berjuang mempertahankan agama dan negaranya.

Cukup-cukuplah pati di Malaysia. Jangan diangkut lagi beban untuk dipikul. Kelak jika subsidi beras dihapuskan jangan baru nak tergadah.

No comments:

Post a Comment