Thursday, May 21, 2020

Bukan susah pun jadi bos di Malaysia

Staff Pos Malaysia tidak dapat bonus kerana syarikat kekurangan cash flow. Banyak bisnes down disebabkan covid, tapi bilangan parcel pos naik. Letih abg posto hantar barang, hasilnya agak mengecewakan.

Memang bersyukur kita masih ada kerja, isu yang diangkat disini upah dan beban kerja tidak setara. Then bila permintaan bisnes berkembang sepatutnya syarikat untung, tetapi kenapa pos rugi.

Tidak adil kerugian kumpulan dipikul bersama. Ia akan matikan semangat pekerja yang terlebih beban dan bermotivasi.

Keadaan seperti ini bukan hanya di Pos Malaysia, banyak syarikat mengambil model yang sama hasil daripada perunding luar negara.

Cerita pos sama dengan Media Prima. Anak syarikat yang selalu untung jadi rugi dan akhirnya semua rugi.

Pertama apabila isentif disamaratakan, kedua apabila bilangan bos lebih ramai daripada pekerja bawahan. Bayangkan jika piramid terbalik. Pekerja bawahan terpaksa menampung gaji pegawai atasan yang jauh lebih tinggi daripada sepatutnya.

Syarikat glc pun begitu. Bagi mengurangkan kos mereka akan out source kan pekerja. Dan akhirnya rakyat dan negara yang rugi.

Syarikat yang membekalkan kerja akan mengambil pekerja asing. Orang asing akan mendapat kepakaran jika syarikat itu berkaitan kejuruteraan.

Mereka memilih model ini kerana syarikat tidak rugi bilamana pekerja cuti, epf tidak perlu dicarum, latihan dan seminar tidak perlu diberikan, bayaran rawatan tidak perlu ditanggung dan mereka tidak perlu mengurus karenah pekerja.

Untung bos gaji dah la besar tambah dengan syarikat yang dipilih yang mempunyai kepentingan peribadi, bukankah seperti seperti mata gergaji.

Salah satu teknik bos kaya akan terus kaya. Sebelum pencen dia akan setup syarikat then sediakan tapak untuk mereka membekalkan peralatan. Dah pencen kaya lepas pencen lagi kaya. Yang mati golongan marhaen.

No comments:

Post a Comment