Tuesday, November 3, 2020

hari hari Najib kena maki

Orang makan gaji kalau beli saham hari² nak untung tapi realiti seorang peniaga kalau balik modal dan ada untuk belanja dapur bermaksud perniagaan dia ok. Kalau ada untung lebih, boleh besarkan perniagaan. Basic dalam perniagaan.

Mentaliti orang kita, "Najib rembat duit kwsp, TH."

Samada yang memfitnah bodoh atau yang percaya bodoh. Biasanya yang percaya bingai. Dapat dividen tinggi tapi masih percaya duit kena rembat. 

Najib rembat duit kwsp untuk digandakan, bagi premium bisnes supaya dividen pencarum tinggi. Ada duit letak bawah bantal, memang tak beranak la duit tu. Itu beza Najib dengan kita.

Rakyat sepatutnya bangkang apa yang buruk, sokong apa yang baik. Bukan sokong ikut anutan parti. 

Dulu Najib perkenalkan SIP/EIS, kita juga bangkang. Najib buat kita bangkang, tambah² dia ambil duit kita. Memang Najib nak kena maki la.

Kita marah Najib sebab kita rasa dia rembat duit kita. Samada syarikat kita takde kesatuan sekerja atau hati kita busuk, fikir la sendiri. Bila kena buang kerja pandai pula claim SIP perkeso.

Dia bagi statistik ekonomi untuk kita baca, tapi kita bakulkan sampah. Mana kan tidak kalau overhead kita melebihi pendapatan. Semua bilik nak ada aircond, kereta nak honda, minum nak starbucks tapi semua bil ni ko suruh Najib bayar. 

Hari² Tun meratip nama Najib sebab dia tahu kerja Najib tip top. Semua legasi dia dipadam dengan jauh lebih baik. Tun bantai Najib bukan sebab negara tapi sebab nak bagi anaknya projek, bagi jalan Mukhriz, tolong kroni yang hilang status kapitalis dek dicantas oleh Najib.

Berapa ratus billion TNB dah bayar untuk kroni Tun? 

Najib buang kroni Mahathir sebab mereka dah kenyang untuk 7 keturunan. Sepatutnya kekayaan negara dapat dinikmati semua lapisan rakyat. Najib bagi BRIM tolong rakyat, naikan ekonomi, itupun Najib kena maki.

Berapa banyak Najib tolong orang Felda dan apa dia dapat daripada orang felda? 

Hari hari Najib kena maki.!!.

No comments:

Post a Comment