Friday, November 13, 2020

bantuan baja tidak mampu pulihkan ekonomi

Tun, bajet besar macam mana hendak bayar hutang? simple komen orang lama, bernas tapi bermotif politik.

Seperti yang dikisahkan dalam Nabi Yusof a.s ketika berdepan dengan musim kemarau, "makan apa yang diperuntukkan dan tinggalkan sedikit untuk masa depan".

Situasi musim kemarau hanya umpama situasi belum dapat gaji tapi dalam konteks mengurus ekonomi millennium ia perlu dirawat mengikut sektor ekonomi. 

Jika bertani hanya dalam konteks bercucuk tanam, maka masalah itu tidak sekompleks mengurus ladang sayur.

Sollution perlu fokus pada masalah.

Masalah negara ialah kekurangan modal untuk meransang ekonomi. Kuasa membeli kurang kerana dunia tidak produktif disebabkan pergerakan manusia yang terbatas. 

Statutori hutang.

Dalam 2 tahun sahaja, PH telah menambah hutang negara lebih RM105b dan jika bukan kerana dividen khas RM60b dari Petronas, hutang negara sudah melebihi angka RM850 bilion. Angka ini tidak termasuk hasil penjualan aset.

Fikirkan prestasi PH, bajet 2019 paling besar tapi kerajaan hanya mencatat pertumbuhan 4.3% yang mana paling rendah sejak 2009 di ketika tiada sebarang krisis. 

Dalam suasana ekonomi covid, hutang sudah mencapai statutori, dividen aset tidak sebanyak mana, ketika ini banyak syarikat sudah sakit, ini bukan masa untuk berpolitik tapi bagaimana kita hendak survive. 

Orang politik sudah kaya, moratorium dan pengeluaran kwsp diperlukan bagi golongan pertengahan.

Pengeluaran kwsp jika dikeluarkan sebaiknya sekaligus bukan dalam runcit. Ditambah dengan moratorium bank, rakyat mempunyai tunai di tangan untuk berbelanja. 

Jika GST masih kekal semakin banyak tunai bergerak makin banyak cukai dikutip tapi semua sudah maklum, katanya sst lebih baik dari gst.

Mengambil contoh, pengecualian cukai jualan kenderaan selama 6 bulan telah menyelamatkan industri automotif, tapi jika kerajaan tidak mahu melanjutkan moratorium bank, banyak penguasaha bas akan gulung tikar, poket rakyat juga sempit.

Apa yang perlu dibuat oleh kerajaan ialah menyelamatkan ekonomi supaya rakyat tidak kelaparan. 

RM10K ketika diperlukan ia amat besar tapi jika dalam keadaan selesa ia tidak sebesar mana. Adanya gaji minima duit itu boleh dikumpulkan semula tanpa mengambil masa yang lama.  Jangan dikira dengan gaji asas RM500 seperti tahun 80an, memang RM10K satu amaun yang besar. 

Ekonomi gig, celik pelaburan adalah norma kehidupan celik it. Jika kwsp boleh melabur, banyak platform dan signal boleh dikaji oleh pelabur runcit. Mereka lebih radikal berbanding dengan unit pelaburan kwsp.

Unjuran pertumbuhan ekonomi V tidak menjadi, kerajaan harus merangsang dengan lebih agresif bagi menyokong ekonomi untuk terus kekal dan pulih. Jika hanya berbekal bajet bantuan nelayan, subsidi baja ekonomi akan pegun dan runtuh.

Bak kata MP Porti Dickson, bagaimana menteri kewangan dapat unjuran pertumbuhan ekonomi sebanyak 9% ketika dunia meleset?

No comments:

Post a Comment