Thursday, November 19, 2020

Kalau lah

Najib "kleptokrasi", Ok.

Tapi jika Najib masih PM, mungkin situasi kerajaan tidak segenting sekarang. 

Mengapa?

Najib sudah sebutkan, kalaulah ada lagi gst dan hutang kurang dibawah 50%, ketika ini kerajaan mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.

Fakta dikambus dengan politik, Najib mendapat maki.

Jika PH tidak mengambil duit Petronas RM60 billion, sekarang duit itu boleh dikorek. Jika PH tidak menambah hutang, kerajaan boleh meminjam sebagai modal tambahan. Jika ada gst, serba sedikit aliran wang dapat semula pada kerajaan pada kadar maksimum. Jika aset banyak lagi, dividen boleh menambah pendapatan.

Tapi sayang, ia sudah dibelanjakan hanya dalam masa 2 tahun.

Beratus bilion ini mampu menjadi booster dalam pasaran dan ekonomi akan pulih dalam bentuk V-shape. Ditambah dengan kerajaan membenarkan pengeluaran kwsp yang dianggarkan RM45 bilion, aliran tunai dalam pasaran akan meledak.

Jika moratorium bank dilanjutkan, tunai di tangan akan memenuhi semua penawaran perniagaan walaupun perniagaan sekecil gerai burger. 

Tapi jika bank enggan, kwsp masih berkeras ekonomi kita akan melingkup. Berbaloikah bank menyenaraikan hitam peminjam?

Cash is king.

Rakyat tidak sedar tahun 2008 adalah tahun kemelesatan yang lebih teruk berbanding dengan tahun 1997 tetapi dalam hal ini hanya Tun yang dipuja sebagai pakar ekonomi. 

Kenapa?

Najib dilabel sebagai PM pelingkup negara, walhal tindakanya bagi menyelamatkan rakyat. Ibarat seorang bapa akan bersungguh demi keperluan anak²nya.

Krisis 1997 PM 4 menyelamatkan syarikat anaknya tapi bila mana Najib membuat pakej rangsangan RM60 bilion orang politik mengambil tempat dajjal.

Najib menggunakan peluang ekonomi sepenuhnya. Seperti yang dijelaskan olehnya, kerajaan harus menggunakan kemudahan kredit untuk membuat projek yang memanfaatkan rakyat dan ekonomi pada masa akan datang.

Maksudnya begini.

Jika kita bermain saham, pihak bank akan memberikan kredit untuk kita membeli saham dan bank hanya mengenakan faedah yang rendah. Begitu juga jika mendapat projek kerajaan, ada bank yang menawarkan pinjaman. Maka kita tidak memerlukan modal untuk mendapat kerja.

Hutang lagi.

Jika hendak kaya, perlu berani berhutang dan berani rugi. Jika sikap ini tidak ada dalam diri, lebih baik berdiam diri.

Ekonomi ada ekosistem dia, ada rantaiannya, sama seperti sungai yang mengalir. Jika air tidak mengalir di hulu, kemarau akan dihilir. 

Jika sungai mengalir jernih ikan akan banyak ekonomi tempatan akan subur. Jika menangkap ikan guna kail, hasil tangkapan hanya seberkas, tapi jika menggunakan jala, hasilnya lebih lumayan. Perumpaan ini digambarkan antara sst dan gst. 

Bila mana tok dalang menjadi pakar ekonomi, kita tahu apa hasilnya.

No comments:

Post a Comment