Wednesday, November 25, 2020

politik

Jika Shafie Apdal nak mati di gelanggang politik, ikut suka awak tapi biasanya dengan RM50 rakyat akan menjadi hamba kepada pemimpin.

Kalau benar nak potong gaji menteri, potong juga semua gaji wakil rakyat. Jangan usul something hanya untuk popular.

MP Sepang & Shah Alam orangnya tidak matang berpolitik.

Kerajaan tebuk atap ini isu lapuk. Lompat parti dan jatuh kerajaan ini biasa. Yang mereka berdua meratib kembalikan kerajaanku ini, kenapa?.

bla bla bla bla... dah macam bangau oh bangau.

Politik lawannya dalam politik. Parlimen akan bersidang mengikut tempoh. Kalau benar PH ada majoriti dan usul kerajaan gagal diluluskan, secara teori PM akan jatuh. Then yang kamu macam burung kelicap, bingit telinga.

Cheedet.

Tun nak lagi jadi PM 6 bulan sebelum menyerahkan kepada Anwar. Kenapa harus lagi 6 bulan? mesti soalan ini dalam benak Anwar. Anwar tidak sebodoh itu.

Tun kata kalau Anwar mahu jadi PM dia perlu cukup sokongan. Cuba Tun lihat cermin.

Tanpa PKR Tun tidak boleh jadi PM, begitu juga tanpa PPBM Anwar tidak boleh jadi PM.

Ini semua politik. Mereka ada agenda masing-masing. Yang Tun pergunakan Anwar untuk jadi PM dia tak nak sebut pula.  Bukankah PPBM hanya bersama dengan PH semata² untuk Tun Mahathir jadi PM? 

Politik 24 jam, dalam masa 2 tahun hutang negara meningkat 100 bilion. Siapa yang rugi? rakyat!.

Sekarang kerajaan lawan kerajaan, bersatu vs umno.

Kenapa Pas tidak lawan Bersatu?

Soalan ini perlu ditambah, cuba PAN ada dalam kerajaan PN, agak² Pas nak join PN?

Kalau level politik kita kedai mamak, sudah² mengarut. Nampak macam membodohkan diri. Baik fikir macam mana nak cari duit, bahagiakan family.

No comments:

Post a Comment