Friday, November 27, 2020

Good Job

Bukan kesungguhan sahaja tapi karisma yang dimiliki oleh Tengku Zafrul memang terbaik berbanding dengan menteri kewangan sebelum ini. Tenang dengan asakan, menjawab semua soalan dengan fakta tanpa kelentong politik. 

Prestasinya jauh melangkaui keangkuhan menteri sebelum ini, En. Lim Guan Eng. Menggulung perbahasan tapi lagaknya seperti taiko jalan reko.

Dengan hampir semua pandangan ahli parlimen diambil maklum tidak ada sebab bajet ini ditolak di peringkat dasar. Anwar memilih jalan selamat. 

Market bullish, ia menolak kerisauan MP Subang Jaya pasaran akan menjunam bilamana kwsp menarik pelaburan. 

Bajet kementerian ada yang dipotong, sektor kesihatan perlu ditambah lagi seperti mana yang diusulkan oleh bekas menteri kesihatan.

Kalau bajet RM500 bilion, boleh la kita mohon tambahan peruntukan semua kementerian. Sebagai menteri kewangan, Tengku perlu melihat secara holistik bukan dari satu sudut. Jika mengurangkan pembangunan ia seperti ladang yang tidak ditanam semula. Kalau tidak menanam, tidak mungkin kita akan menuai.

Moratorium dan pengeluaran kwsp baru diluluskan diperingkat dasar. Jika dinilai, syaratnya masih kelabu, mungkin di peringkat jawatankuasa ada perincian. Sepatutnya, bagi B40 dan M40 tidak ada syarat, ia automatik dan terpulang kepada individu samada mahu menerima atau menolak.

Terjejas?

Jika salah seorang pasangan berhenti kerja, adakah pendapatan keluarga tidak terjejas? Dari segi syarat, hanya seorang sahaja yang boleh mengeluarkan, ia memerlukan masa untuk menyusun semula kewangan sebelum ia stabil.

Kwsp jangan main wayang, bonus asyik nak melangit sahaja.

No comments:

Post a Comment