Saturday, November 28, 2020

Ada duit simpan

Pakar ekonomi beri sarananan, kerajaan boleh bagi lebih kenapa harus usik kwsp. Mereka sepertinya mahu kerajaan menambah amaun BPN.

Jika pakar ekonomi mencadangkan kerajaan pinjam duit kwsp then beri pada rakyat agar tidak menjejaskan masa depan pencarum, ia lebih rasional.

Tapi, mungkinkah terjadi?

Hutang kerajaan sudah melebihi 60% stutori hutang, bermaksud kerajaan sudah tidak boleh berhutang. Untuk lebih faham, hutang kita sudah 60% daripada gaji, buat loan tak lepas.

Opsyen kedua ialah melupuskan aset. Pengeluaran kwsp RM70 bilion, berapa banyak aset hendak dijual?

Kalau kerajaan ada duit, kerajaan tidak perlu meluluskan RUU statutori hutang. Sekalipun ada rezab USD100 billion, sebaiknya ia digunakan jika terdesak.

Unjuran ekonomi kalau bahasa sembang kedai, berapa pendapatan.

Tahun 2021 kerajaan mengunjurkan kdnk berkembang 6.5% dan bajet dibentangkan dengan defisit 5.4%. Jika unjuran ini lari, kerajaan harus memilih samada menambah hutang atau mengurangkan perbelanjaan.

Bila hutang bertambah, kerajaan akan semakin tertekan dan jika tidak berhutang, rakyat akan lemas. Ibaratnya bapa tidak beri wang saku sekolah anak.

Jika dunia mampu mengawal covid awal tahun, ada harapan unjuran tersebut dicapai tetapi jika sudah memasuki suku ketiga, agak sukar angka itu dicapai. Kita boleh fikirkan apa akan jadi dengan pembentangan bajet 2022, semua peruntukan akan dipotong.

Secara peribadi, pengeluaran kwsp hanya untuk simpanan tunai bagi kebolehan untuk berbelanja. 

Yang memberi pendapat professor T20 penjawat awam bergaji 20K. Fikir dan memahami tidak sama orang yang merasai golongan M40 untuk hidup. 

Mereka dari sektor awam kata, untung pekerja sektor swasta ada bonus ada kwsp. Pelik tapi benar mereka yang berkata begitu tidak mahu pula meninggalkan sektor awam.

Hanya الله سبحان و تعالىٰ yang tahu peritnya pekerja sektor swasta. 

Sepertinya rakyat lebih rasional daripada si pakar.

No comments:

Post a Comment