Sunday, November 29, 2020

zahid bawa umno ke kubur

Kalau umno mahu kekal relevan, umno perlu keluar dari Perikatan Nasional. Umno bersama PN dengan harapan asetnya dilepaskan, Zaid juga berfikiran dia akan dilepaskan daripada tuduhan makamah.

Dalam 2 penggal, Bersatu akan menelan umno. KJ, Hishamuddin ketika ini tidak berjawatan dalam umno, kelompongan kepemimpinan dalam Bersatu adalah rahmat untuk mereka berdua. 

Bukan mereka berdua sahaja, ramai orang seperti Anuar Musa akan mengambil tiket sekapal dengan Hishamuddin. Kalau Shahidan Kassim tertarik, apatah lagi Paya Besar, Tenggara, Kuala Kangsar.

Dengan membuka parti pelbagai kaum, Bersatu hanya perlu menarik Pas dalam MN. Menjerat Pas dengan jawatan TPM, MN pasti terbubar.

Bahasa Muhyiddin memang lunak didengar, tapi politiknya membunuh rakan. Agihan jawatan dan memecahkan umno ibarat memulas tangan orang yang menerima salam.

Presiden umno perlu ditukar, tapi siapa pemimpin umno yang layak?

Kepimpinan Najib tidak boleh disangkal, tetapi dakwaan makamah menidakkan ia terjadi. Umno perlu melupakan Najib seketika.

Mat Hassan bukan orang yang tepat, tapi jika tiada rotan, akar berguna juga. 

Umno tidak ada pilihan, meninggalkan Bersatu dan bersedia kehilangan Pas sebagai rakan.

No comments:

Post a Comment