Wednesday, December 2, 2020

bahas la dengan fakta

Shahbudin mengaku tersalah kira undi dan pihak pembangkang mahu dia digantung menghadiri sidang parlimen.

Timbalan speaker memaklumkan Kapar juga pernah tersilap tetapi PH tidak menerima alasan itu atas sebab mereka ada majoriti ketika itu.

Situasi ke 2.

Adun Sabah melompat parti ia melambangkan kematangan demokrasi tapi bilamana dikalangan mereka melompat ia pengkhianatan mandat rakyat.

Rosmah dikecam kerana MOF seperti pejabatnya tapi bila mana isteri menteri baru melebihi Rosmah semuanya bisu.

Tahun 2020 kita sudah tidak memerlukan politik murahan. Laungan reform sepatutnya disusuli tindakan, bukan berebut jawatan.

1998-2020 politik kita sama kerana orang yang sama. 

Korea sudah jauh mendahului kita, drama mereka laku keras bukan fakor pelakon mereka putih semata-mata, tapi drama mereka ada cerita.

Pemimpin mereka ada cita-cita bangunkan negara, cita-cita pemimpin kita saya mahukan lebih kuasa. Bila ada kuasa, semuanya indah dari rupa.

PH kalah sebab umno pas mainkan isu bangsa. 

Kenyataan ini seperti kita terikut dengan orang politik. Fakta ternyata PH gagal dalam mengurus negara. Mereka hanya jadikan 1mdb dan perang dagang us-china menutup kegagalan.

Mereka mengaku hutang meningkat tetapi liabiliti kerajaan turun. Apa yang dikata memang benar tapi apa yang mereka buat menimbus masalah di bawah carpet.

Kurangkan kos projek mega bermakna mereka kurangkan liabiliti. Bukankah ini manipulasi fakta?

Yang lebih teruk bilamana mereka kurangkan kos, ambil semula duit pendahuluan dijadikan pendapatan. Hutang 1mdb memang bayar, tapi nilai gantirugi 1mdb kau tak tolak.

Din dong din dong... semua kena game.

No comments:

Post a Comment