Monday, January 25, 2021

Mereka pesakit bukan penjenayah

Pesanan dari KKM jangan ambil gambar atau video apabila jiran diambil oleh KKM untuk dibawa ke pusat isolasi, mereka hanya pesakit bukan penjenayah. 

Disarankan agar orang yang dijangkiti diketahui oleh penduduk sekitar agar lebih alert dengan keadaan persekitaran tapi mentaliti kita seperti orang jakun, sekarang kita lebih jakun daripada orang jakun sendiri.

Orang sakit yang kau haru biru ke sana ke sini membawang kenapa?

Masyarakat madani sepatutnya membantu keluarga orang dalam kesusahan, doakan kesembuhan dan tanya keperluan mereka untuk dibantu bukan mengeji. Orang sakit kau pandang mcm penjenayah, bukankah pelik.

Dunia sekarang memang serba pelik, benda yang bukan² jadi bualan.

Orang yang sudah dijangkiti covid dijangka kebal dengan penyakit ini kerana sistem imunnya sudah ada genre virus ini.

Kita yang belum dijangkiti belum tentu selamat.

Apabila orang sakit boleh menjadi fitnah, tunggulah ketibaan akhir zaman.

No comments:

Post a Comment