Monday, January 25, 2021

Najib jual Malaysia.

MiDin sekapal dengan ph tumbangkan Najib. Yea, Najib dah didapati bersalah dalam kes src. Walaupun 99.9% Najib tak guna duit tu matlamat tidak menghalalkan cara. 

Kerana tidak didakwa, maka orang itu bersih?

Iskandar Malaysia Najib jual Malaysia, bila PH memerintah dengan detox mereka kata projek itu menguntungkan.

BRIM, gaji minima, Lynas, Projek Gebeng (MCKIP), ECRL, HSR, Pan Borneo, Melaka Gateway, Proton, TRX, Sendayan, Sungai Besi, Land Swap , Pipe Gas, Jambatan Bengkok dan banyak isu dipalitkan dengan Najib.


Projek IPP kawan tu arahkan TNB bayar beratus billion kita pula sanjung bagai malaikat. Entah berapa dia untung melalui MRCB, puluh bilion agaknya duit rakyat disonglap. 

Dalam projek di atas, mana kes yang dikaitkan dengan Najib, so far hanya satu kes SRC RM42 juta, itupun duit diagihkan kepada rakyat.

Tidak rasa diperbodohkan bila mana PH mendapat kuasa semua projek itu diteruskan? 

Tidak rasa bersalah ke bila menerima BRIM, gaji minima atau mendapat gaji lebih banyak tapi membalas dengan fitnah?

Kau kaya tidak perlukan BR1M, bagaimana dengan orang yang memerlukan. Kau kutuk Najib rasuah rakyat dengan bantuan, dia jalankan tanggungjawab dia, engkau tu iri hati dengan orang miskin, bukankah lebih hina?.

Jumpa Trump Najib kata bantu Amarica, kau ingat bantu saje ke? Engkau tahu ke kalau pelaburan kwsp itu menguntungkan? Yang paling bangang, Najib dituduh songlap duit kwsp. 

Kenapa engkau tak kata Najib songlap duit TNB kerana projek di UK? 

GST.

Anwar jika jadi PM dia akan melihat perlaksanaan gst, MiDin akan mengkaji keberkesanan gst kepada kerajaan.

Anwar kata bla.bla.. bla...

Berapa banyak barang keperluan yang dikecualikan cukai gst, kau baca ke tak gst di Malaysia antara paling banyak dikecualikan.

Kau bandingkan 6 %, bukan 3%.

Fikir la sikit, bendul tu lurus di pintu. 6% untuk orang kaya, rakyat miskin macam aku walaupun 6% kebanyakan barang yang aku beli dikecualikan cukai. Kalau nak kata 6% jika dipadankan akan semua pukul rata 3%, so sama sahaja.

So, bukankah kita nak nilai gst 3%.

Bayangkan kalau ada 10 juta, kau nak beli beras, sayur dan keperluan dapur sahaja?

Kalau tidak faham takpe, kau bantah gst kerana Najib tapi bila Anwar, MiDin nak buat gst kau angguk. Macam burung tiong.

Engkau rasa barang sekarang tiada cukai ke? 10% sst tu bukan cukai ke?

Sekarang ini minyak naik tiap-tiap minggu kau tak menyalak. harga minyak masak naik kau senyap, tapi semasa Najib laksanakan pengapungan minyak,  tiap-tiap minggu kau maki Najib. 

Bila sudah jadi kerajaan Rafizi sendiri sarankan harga minyak diapungkan semula mengikut zaman BN, kau kata Rafizi bijak, aku nak kata apa???

Pampasan.

Rumah prima kerajaan bayar pampasan RM172 juta. Cuba bahagi dengan RM250K sebiji bagi sebuah rumah, 688 biji rumah kerajaan boleh bagi percuma kepada rakyat. Patut rakyat senang, ini rakyat pula kena bayar kepada pemaju.

Bayar pampasan kepada Singapore pembatalan HSR, mungkin RM300j-RM500j. Dah la kita bayar, banyak aset kita kena beli secara lambak dengan Singopre. Tak payah keluar duit, duit pampasan boleh cover.

Projek ktmb di Singopre ada satu projek Najib. Tanah terbengkalai akibat perjanjian PM4, Najib bersetuju untuk dibangunkan. Najib diserang jual aset negara, tapi PM4 jadi PM7 jual aset itu RM4.7 bilion, sekor pun tidak menyalak PM7.

No comments:

Post a Comment