Sunday, January 24, 2021

Menangani Covid hanya dengan kuarantin

Bila pkp dilanjutkan, kedai gunting tanya, kenapa tapak bina dan industri dibenarkan beroperasi. 

Pkp, pkp.... sampai bila?

Kalau berbulan-bulan, bagaimana dengan perniagaan yang dibekukan?

Covid itu nyata tuan-tuan, tapi cara menangani itu dipertikaikan.

Sseorang wanita di Johor dikompuan kerana tidak memakai mask, maaf saya bukan manusia hiprokrit. Situasinya dia tidak boleh dikompaun, jangan alih isu.

"sis, amalkan keluar rumah pakai mask, saya keluar rumah terus pakai mask.".

Saya bukan manusia poyo, hatters neelofa tapi follow ig. Kalau dah benci ko unfollow la. Manusia serabai, pakai tudung neelofa, nak cantik macam neelofa tapi membawang neelofa.

Eh.! ni bukan cerita neelofa, cerita covid.

Kalau pkp ditamatkan diwaktu jangkitan tinggi, bukankah menjadi bahan ketawa.

Jika covid dijadikan senjata politik, tidak perlu untuk dibincangkan. Jika tidak, kenapa kerajaan tidak belajar dari pengalaman?

Kluster sivagangga merebak kerana dasar kuarantin di rumah, akibatnya Kedah terpaksa melaksanakan lock down. Jika melihat kepada kerugian, berjimat 10k akhirnya rugi 10 juta. 

Kerajaan boleh menjadikan hostel di universiti dan hotel² menjadi pusat kuarantin, tetapi kerajaan tidak melakukannya. 

Jika kos sara hidup menjadi beban, berapa billion kerajaan rugi kerana pkp?

Kronologi.

Covid sudah ada dalam masyarakat. Apa puncanya dan ia cerita sebenar.

Stage 1.

Hanya selepas 4 hari KKM menghubungi seorang yang disahkan positif covid bagi mendapatkan info siapa contact rapatnya. Fikirkan dalam masa 4 hari berapa orang contact rapat itu sudah berjumpa.

Stage 2.

Contact rapat hanya menjalani ujian swab dalam masa 3 hari selepas KKM menghubunginya. Sebelum menjalani swab, cotact rapat masih boleh keluar untuk berjumpa orang kerana pemakaian gelang semasa ujian swab.

Stage 3. 

Contact rapat hanya mendapat keputusan (positif) dalam masa 3 hari juga.

Persoalan dan fikirkan.

Pertama, dalam 7 hari berapa ramai contact rapat itu sudah bertemu orang? 

Kedua, contact rapat tersebut sudah 10 hari menghidap covid barulah KKM akan mengambil untuk dibawa ke pusat kuarantin.

SOP KKM hanya mengambil tarikh ujian swab sebagai tarikh sahih, sebab itu ada pesakit berada di pusat kuarantin 2@3 hari sahaja dan ada yang tidak.  Yea, bergantung juga dengan bacaan, at least 32.

Hakikatnya orang yang berada di pusat kuarantin ialah orang yang sudah negetif dari covid kerana tarikh sebenar mereka berjumpa dengan pesakit covid lebih awal dari tarikh keputusan swab pesakit stage 1.

Tidak Berganda.

Jika bukan kerana rakyat Malaysia perihatin, bilangan jangkitan sepatutnya sudah naik berganda daripada bilangan sekarang.

Ramai orang dan banyak syarikat mengamalkan mengkuarantin pekerjanya pada stage 1 atau menjalani ujian swab.

KKM juga mengamalkan prosedur yang sama kepada staffnya, oleh sebab itu jangkitan di HUSM dan lain² hospital dapat diputuskan. 

Hakikatnya kerajaan sekarang dah la membuka pusat pembiakan virus mereka juga mengkuarantin pesakit yang sudah negetif (virus mati).

No comments:

Post a Comment