Saturday, January 23, 2021

tidak ada tajuk

Selain petronas dan kwsp, ada lagi syarikat kerajaan hampir setiap tahun bonus tahunannya tinggi. Jika pertronas perlu bersaing di peringkat global dan kwsp pula perlu bijak dalam pelaburan sebaliknya lhdn hanya seperti amil zakat, makan percent dan aniaya rakyat.

LHDN kerjanya mudah gajinya besar dan bonusnya tidak kurang 6 bulan. Kerja LHDN menjadi mudah sebab penjawat awam, pekerja glc, banking dan kerja kilang sekalipun jumlah pendapatan mereka tertera dalam payslip.

Dengan pendapatan tahunan, mereka hanya semak jumlah tuntutan dari pembayar cukai.

Lhdn berlindung dalam akta 1967, antara akta yang sukar dicabar dalam makamah.

Setiap tahun lhdn disasarkan jumlah kutipan, lalu apa yang mereka buat ialah menumpukan sasaran kepada pembayar cukai sediada.

Mereka akan menyemak semula tuntutan semula 3 tahun taksiran , perosalan berapa ramai yang masih menyimpan bil pembelian buku persekolah anak, beli peralatan sukan atau resit² pembelian komputer? 

Mengapa 3 tahun pembayar cukai baru dibebaskan, alasan tidak cukup kakitangan tidak boleh diterima kerana itu masalah dalaman.

Pendapatan negara.

Selain dari ekonomi gelap melebihi RM300 bilion, kerajaan kehilangan pendapatan dari sektor perniagaan. Banyak perniagaan menyerahkan taksiran palsu dengan menggunakan khidmat kerani kewangan. 

Gst tidak digemari oleh peniaga adalah disebabkan kerugian dari aspek ini. Semua transaksi mereka terpaksa direkodkan untuk mendapatkan refund. Jika sudah direkodkan, pendapatan kasar mereka sudah direkodkan, maka kerani kewangan sukar untuk memanipulasi data.

Antara teknik menambahkan kos operasi perniagan ialah seperti kes makamah Zahid Hamidi, ia lumrah yang dibuat oleh peniaga, kerana dia presiden umno dia perlu didakwa.

Transaksi kewangan bagi syarikat besar hanya melalui akaun syarikat akan tetapi amalan ini tidak dilakukan oleh perniagaan kecil.

Banyak kelebihan yang diperolehi apabila menggunakan akaun syarikat dan taksiran lhdn yang sahih, salah satunya ialah bagi mendapatkan pembiayaan namun perniagaan kecil lebih memilih kaedah mengurangkan cukai bagi mendapatkan untung.

Perniagaan tidak mahu menambah hutang atau membesarkan perniagaan dengan berhutang. Ini sebab mengapa membuat fake account.

Walaupun jika ada gst lhdn lebih mudah membuat pemantauan, ia bukan alasan lhdn untuk lebih agresif. 

Jika masih ada gst dan tuntutan seperti yang dibuat Zahid, banyak kereta mewah ditanggung oleh perniagaan sebuah kedai makan, logikkah?

No comments:

Post a Comment