Friday, January 22, 2021

Negara lain dah siap, kita masih on paper

Jenguk juga gelagat anak-anak semasa sesi PdPR. Macam² ragam boleh kita tengok, termasuk la si bapa yang tidak berbaju.

Cikgu dan ustaz tabah melayan karenah anak-anak. 


Antara cabaran PdPR, selain kekurangan gajet masalah jaringan internet yang menyukarkan sesi pembelajaran dengan kaedah online.

Usahkan di pedalaman, rumah di sebelah Putrajaya pun menghadapi buffering. Selain persekolahan, sesi kerja dari rumah juga terganggu, masa banyak dibazirkan menunggu.

Guru-guru merungut kerana masalah ini, pangkalan data terlalu lembab memaksa guru berjaga malam memasukan data pelajar, akhirnya para guru diberikan pembantu.

Adakah masalah pokok selesai?

Malaysia ada klcc tapi line internetnya lebih teruk dari negara serantau. Kita mahu menandingi Singapura tetapi kemudahan kita tidak ubah seperti menggunakan keretapi stim.

Eh.! dulu kita 1mbps sekarang sudah 300mbps.

Pemikiran seperti ini yang menghalang untuk jadi terbaik. Untuk menjadi hebat bukan dibandingkan apa yang kita ada sebelum ini tapi bandingkan orang di depan kita. Kalau sebut benchmark, over pula bahasa ini.

2016 dan 2017 Najib memperuntukan RM1 bilion, 2018, 2018 Guan Eng membentangkan bajet Jendela tapi tiada amaun dalam pembentangan. Lalu Mahathir dan Muhyiddin sambung dalam peruntukan rangsangan.

Ada rasa perubahan dengan jaringan dan kelajuan? Ada, buka internet waktu subuh, ramai yang masih berselimut.

Dalam website Jendela akan ada persiapan 5G, bukanlah melucukan tapi untuk mereka faham bagaimana intenet di Malaysia TM patut bagi langganan di rumah Muhyiddin atau Najib dengan streamyx 1mbps.

Unifi air banyak masalah yang tidak mampu ditangani oleh TM, pilihan yang ada meneruskan langganan line zaman batu. 

Aku tulis masalah internet sebelum orang kenal Jack Ma, bilamana dalam laporan 91%  rakyat dapat mengakses internet aku tak nak berterusan bodoh.

No comments:

Post a Comment