Thursday, January 21, 2021

KKM wajib ubah sop

Kalau sebelum ini ada cadangan meningkatkan tempoh masa, hari ini kerajaan digesa agar kedai makan membenarkan kedai makan membenarkan pelanggan duduk.

Mereka ini tahu ke tidak tujuan pkp?

Bila rugi semua sektor perniagaan rugi, industri pelancongan lagi terduduk. Kalau hanya disebabkan tak sempat nak masak, apa punya remeh alasan.

Covid bukan tempoh merengek, pkp seperti peperangan, jika alasan begini berterusan akan banyak lagi sektor akan mati kerana penutupan operasi dalam tempoh yang lama. 

Meskipun begitu, aku setuju operasi masa kedai makan dinaikan tapi bukan kerana tidak sempat memasak tetapi hujahnya kedai makan hanya dibolehkan take away, so ianya tidak menyumbang kepada penyebaran.

Kelemahan sop.

Jika mahu kehidupan kembali pulih, semua pihak perlu bekerjasama. Sekalipun kita tidak dijangkiti, yakinkah dengan survival pekerjaan kita sekarang ini?

Dalam menangani covid, KKM perlu lebih radikal dalam tindakan. Bila sudah lemas, kita akan cuba untuk  memaut untuk hidup. 

SOP KKM perlu diubah kerana terdapat ruang luas covid menyebar.

Close contact aktif bergerak dan mengapa dia bergerak? 

Kerana keputusan swab lambat menyebabkan close contact tidak bertukar status menjadi pesakit covid.

Situasi sekarang macam ini.

Ali positif yang menunggu untuk diswab (tidak memakai gelang) telah berjumpa Abu dan Abu telah mengjangkiti isterinya Leha. 

Walaupun Ali didapati positif Abu masih bebas bergerak sementara menunggu tarikh swab dan telah mengjangkiti Bakar.

Lebih memburukan Leha sudah mengjangkiti anaknya Nur.

Abu wajib kuarantin (sudah pakai gelang) akan tetapi Leha, Bakar dan Nur bebas bergerak kerana Abu belum disahkan positif.

Ini sebabnya mengapa covid sukar dilandaikan dan mengambil masa yang lama.

Ada situasi begini:

Bilamana Abu terpaksa diswab, Leha dan Bakar mengkuarantin diri atau terus membuat rapid test (klinik swasta RM130)  bagi mengurangkan risiko penyebaran. Walaupun Nur positif, dia masih diperingkat awal dan kadar penyebaran menjadi rendah kerana dia seorang.

Sebab itu penyebaran di kalangan penjawat awam dan glc kurang merebak kerana polisi syarikat yang mengarahkan staff mengkuarantin di stage Abu dan Leha. 

Dalam rantaian ini, Bakar terlindung dan Nur jika berlainan rumah tidak akan dijangkiti. Bayangkan jika stage Ali dikuarantin, berapa banyak kes dapat dikurangkan.

Darurat ini masa untuk berperang. 

Jika KKM tidak cukup staff memproses data KKM boleh lantik pekerja kontrak untuk mengenal pasti stage Leha dan Bakar bagi proses wajib kuarantin (pakai gelang) tanpa untuk diswab. 

Jika Abu disahkan positif, KKM akan membuat swab pada Abu dan Leha dan hanya menyambung tempoh kuarantin. 

Sebaliknya jika Abu negetif, gelang Leha dan Bakar boleh dipotong.

No comments:

Post a Comment