Thursday, January 21, 2021

Proses akhir zaman sedang berlaku

Bila gurun mula diselemuti salji sebagai petanda akhir zaman, akan ada membentangkan teori sains. Jika berlaku gempa di Madinah, golongan ini juga akan membalas dengan sinis, 2018 juga berlaku gempa, tak kiamat pun.

Mereka merasakan dirinya praktikal, modern, menganggap orang yang mengingati tanda akhir zaman sebagai overdose, taksub dengan kiamat.

Biarkan, golongan ini memang sudah diramal.

Mati kerana sakit atau tidak, hakikatnya orang itu mati. Begitulah konsep hadith yang diriwayatkan berkenaan petanda akhir zaman. 

Dinyatakan si gembala akan membina gedung, tak kisah la negara pengeluar itu minyak atau jadi pusat kewangan, hakikatnya terpacak bangunan pencakar langit.

Disabdakan sungai eufrat mengering, kering kerana Turki membina empangan di hulu itu penyebab, hakikatnya sungai itu mengering. 

Sekarang ini Turki dalam kemarau, kalau dia tutup semuanya aliran sungai itu, kering kontang di hilir.

Zaman Jababiro.

Proses ini sedang berjalan, stage ke berapa Allahu a'lam. Di zaman ini Nabi Isa (عليه السلام) akan turun ke bumi membunuh dajjal. 

Jangan tersengih bila sebut dajjal akan keluar, yea zaman ditaktor ini masih dalam proses tapi apabila fitnah sudah menjadi makanan, Islam semakin terasing sepertinya stage pertama sudah berlalu.

Walaupun ulama sependapat zaman ini hanya bermula dari kejatuhan empayar Utmaniyah 1924, penjajahan barat sudah berlaku beratus tahun yang lalu. 

Stage kedua.

Kebanyakan negara Islam akan kacau bilau, stage ini perlu melihat dimana kiblat Islam. 

Keadaan huru hara apabila terjadinya perselisihan yang berpanjangan akibat kematian seorang pemimpin, siapakah pemimpin itu? Adakah hadith ini kesinambungan hadith 3 orang putera merebut perbendaharaan? 

Walaupun situasi di Arab Saudi sekarang memungkinkan ia terjadi tetapi prosesnya juga memakan masa. Siapa yang tua ada harapan akan mati dulu. Nak bagitau anti teori konspirasi yang mana perjalanan dunia ini terjadi bukan sekelip mata.

Gempa akan berlaku disana-sani dan tidak mustahil boleh berlaku di Indonesia yang boleh mengakibatkan stunami seperti 2004, jika berlaku maka huru hara negara jiran.

Malaysia juga negara Islam, kucar kacir mungkin berlaku tapi bukan dalam bencana alam, politik dan kewangan boleh menyebabkan rakyat kelaparan. 

Di negara Islam bekas kesatuan soviet, apa yang akan berlaku disana? Hanya Azerbijan yang sedang berperang dengan Armenia. 

Susah untuk memahami terma memerangi bangsa Turk, jika ia berlaku ketika ini adakah Erdogan akan digulingkan atau pemimpin selepas erdagon munafik? ataupun turk ini bangsa Mongolia? 

Tulisan ini terhad senario kepada persoalan sebelum muncul pemimpin akhir zaman, jika memerangi bangsa turk hanya berlaku selepas adanya Imam Mahdi, untuk apa ditulis. Jika diarahkan berperang dengan melawan Rom, hanya laungan الله أكبر.

Stage ini susah untuk diramal berbanding dengan stage selepas munculnya Imam Mahdi.

No comments:

Post a Comment