Wednesday, January 20, 2021

Politik sakan, ekonomi punah

Bambang sudah merintis ekonomi Indonesia tetapi kerana tempoh jawatan presiden kemajuan Indonesia hanya boleh dilihat penggal kedua Jokowi. Indonesia membangunkan infrastruktur fizikal rel dan highway, kemudahan jalur lebar dipertingkatkan serta kecekapan penjawat awam.

Lain pula di Malaysia.

Sudahlah amanah diambil dari fitnah, amanah rakyat dipermainkan. Mereka tidak boleh bertaubat kerana takut rakyat menagih janji yang mana janji itu tidak mungkin tertunai walaupun 1 janji.


Bila hutang negara dicanang, penjilat politik akan bersorak, tidak peduli pun dengan cerita sebenar bagi mereka asal umno jatuh.

Hutang 1 trillion termasuk jaminan kerajaan dan PPP, tahu ke PPP itu apa. Dalam web UKAS pun ada land swap, jadi apa isunya. 

Kerajaan banyak duit ke untuk membiayai semua projek?  Kau doktor tidak semestinya kau pandai meniaga, meniaga tidak semestinya pandai mengurus. Jadi jangan fikir kau meniaga, kau pengurus kau tahu segala-galanya, bullshit.

Kau ingat semua perniagaan menguntungkan? Ingat kalau buat projek tiada masalah? Main tik tok pun selalu kena kecam.


Prasarana, Danainfra dan banyak syarikat yang dijamin hidup lagi dan masih boleh bayar hutang. Kalau mereka bankrup sebelum ini dia hidup, jadi yang bodoh siapa?

Canang jaminan kerajaan tapi pada masa yang sama luluskan jaminan pembinaan rel dan insfra terowong ajaib, bukankah celaka namanya. 

Tau, dah dibatalkan oleh Muhyiddin, isunya cakap tak serupa bikin. 

Kalau sebut hutang negara, dalam tempoh 22 bulan beratus billion sudah kerajaan berhutang. Kalau bukan kerana ekonomi sebelum ini baik dan harta ahmad albab, mungkin hutang jauh lebih tinggi.

Kau boleh semak dengan kenyataan PAC oleh DAP IPOH TIMUR, berapa hutang yang dibuat oleh PH. Tapi kau kena kira sendiri untuk dapatkan nilai sebenar. Kalau hanya baca whatsapp, instagram tak payah sembang kari.

Kenapa harus trough back, sebab ia ada kaitan dengan hari ini. Stututori hutang, aset dan dasar ekonomi sudah retak, hanya menunggu masa untuk runtuh. 

Cuba fikir, jika vaksin tidak berhasil dan kita terus hidup dengan covid, apa akan jadi? Jangan fikir covid itu palsu, belum kena, belum sesak nafas boleh sembang.

Satu hari nanti, Indon akan pandang Malaysia macam bangladesh. Baru pelabur lari ke Indon kau buat buat macam tidak berdosa.

Eh.! sebut kau engkau ni, ditujukan untuk siapa? khas untuk penjilat tegar.

No comments:

Post a Comment