Sunday, January 10, 2021

Muhyiddin kekal PM

Walaupun Ahmad Jazlan menarik sokongan kepada Muhyiddin kerajaan PN masih belum jatuh kerana pembangkang bukan dalam satu blok.

Belum tentu Mahathir dan Shafie akan menyokong Anwar untuk menjadi pm atau menolak Muhyiddin.

Muhyiddin tidak akan mengadap Agong kerana setakat hari ini belum ada pihak yang mengaku ada majoriti kerusi.

PN runtuh.

Bla bilangan MP umno menolak Muhyiddin melebihi blok Pejuang dan Warisan maka Muhyiddin boleh dianggap hilang sokongan kerana PKR dan Dap lebih sepakat menolak Muhyiddin. Sudah pasti blok MP Zahid akan menyokong Anwar untuk menjatuhkan Muhyddin.

Sidang dewan rakyat (dijangka bukan mac) menjadi medan samada Muhyiddin mendapat sokongan ataupun tidak. Itupun jika ada usul dari kerajaan untuk diluluskan. 

Jika tidak usul dari kerajaan, ia bergantung kepada Azalina samada mahu membawa usul undi tidak percaya. 

Azalina juga perlu cermat menilai politik. Samada mahu berada di dalam blok bersatu atau tidak. Kebanyakkan MP Johor dibela oleh Muhyiddin.

Agong memanggil PM.

Agong tidak akan memanggil Muhyiddin bagi tujuan ini. Kerana apa? 

Agong berpendapat Muhyiddin masih mempunyai majoriti sekalipun Najib, Zahid, Ahmad Maslan, Tajuddin ataupun Nazri Aziz menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Situasi berbeza jika Anwar mempunyai SD yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Agong. Tapi situasi ini mustahil kerana Shafie dan Mahathir masih menolak Anwar.

Sebaliknya peluang ini akan digunakan oleh Mahathir untuk menekan Muhyiddin. Kemungkinan Mahathir mencalonkan Mukhriz atau Shafie sebagai TPM. 

Team Hishamuddin akan membantu Muhyiddin kekal menjadi PM. Dan mereka akan dianggap penyelamat negara.

Apapun, tunggu dan lihat kerana blok MP umno belum nyata dalam menyatakan sokongan. Bilangan ini akan menentukan samada Muhyiddin kekal atau runtuh.

Politik ini akan berlarutan sehingga covid selesai atau setidak-tidaknya negara sudah menerima vaksin pada peringkat pertama.

Mengapa Team Presiden Umno masih tidak menarik sokongan kepada Muhyddin?

Seperti yang dikatakan tadi, Muhyiddin masih mempunyai majoriti kerana pejuang dan warisan belum ada kepastian menyokong Anwar.

Sokongan pengundian bajet 2021 tidak boleh diambil kira kerana situasi poliitk kerajaan campuran sememangnya akan berubah mengikut masa.

Walaupun Muhyddin PM paling lemah dalam sokongan, hakikatnya pembangkang tidak mampu menjatuhkan beliau. 

Muhyiddin akan kekal sehingga PRU15.

No comments:

Post a Comment