Sunday, January 10, 2021

umno porak peranda kerana gang kartel

Belum pru umno sudah haru biru. 

Bukan sebenarnya umno nak apa, tetapi inilah yang dimahukan oleh Muhyiddin. Memecahkan kepimpinan umno. 

Masalah utama PH ialah PM dari parti kecil, PN juga begitu. Untuk survive Bersatu akan terus mencuri dan mengkhianati kawan.

Mengapaa Bersatu keluar dari PH.

Samada ia antara plot Mahathir ataupun permainan gang kartel, Muhyiddin dan Azmin. Politik ada sepak terajang, tiada beza antara kawan dan lawan. Untuk jadi MP (ahli parlimen) seseorang perlu berfikiran seperti seorang PTD, selfish dan berani membuat keputusan.

Politik dimainkan begini. Anuar Musa dijadikan contoh.

Ketereh di Kelantan dan Pas kuat di Kelantan. Oleh kerana kerusi Ketereh dari Umno kerusi ini tidak ada masalah jika diberi pada Bersatu dengan mengandaikan Anuar Musa dipecat dan melompat ke Bersatu. Perlu diingat bahawa Pas lebih cenderung kepada PN berbanding MN.

Perkiraan politik Anuar Musa mudah, 90% dia mampu mengekalkan kerusi Ketereh dan jika PN menang pru15 dia akan dilantik semula menteri di kementerian yang lebih besar.

Pru15, belum tentu BN atau PH akan menang majoriti. Dengan kapasiti Muhyiddin sebagai PM dan ahli Pas yang waala, PN berpotensi untuk menang banyak kerusi dan mungkin akan mendapat simple majority.

Jadi politik Anuar Musa tidak salah, yang tersepit sebenarnya umno. Semakin lama umno bersama PN, hayat umno semakin pendek.

UMNO Dan BN.

Umno tidak perlu takut untuk kalah. 3 penjuru (PH, BN,PN) umno masih mampu untuk mengekalkan banyak kerusi tradisi. 

Undi pru14 itulah undi umno/bn (penyokong setia). Kemungkinan umno kehilangan kerusi sediada di Perak dan Kedah memang ada, tetapi tidak banyak. Walaupun undi Pas kekal solid, persoalannya mampukah Bersatu mendapatkan undi umno?

Pru14 umno hilang banyak kerusi kerana PH menjanjikan bulan dan bintang dan fitnah berleluasa tetapi pru akan datang umno berpeluang mendapat semula pengundi atas pagar. 

Keputusan 3 penjuru bukan mudah untuk dijangka. Jadi tidak ada mana² pihak mampu untuk mengaku mampu memenangi pru. Kemungkinan keputusan pru lebih terarah kerajaan campuran seperti sekarang ini.

Umno bersama BN akan lebih kuat berbanding dalam PN. Masalah pembahagian kerusi dalam MN lebih mudah berbanding dalam PN.

Kenapa?

Bersatu merebut kerusi umno kerana bersatu tidak ada kekuatan di Kerusi pkr, apatah lagi Dap. Bila bersatu mengambil kerusi umno, bukankah umno semakin lemah?

Pas selesa bersama PN kerana Bersatu tidak akan mengambil kerusinya. Islam atau perpaduan yang dilaungkan hanya kelangsungan politik.

Islam adil, tetapi adilkah Pas di Terengganu dan Kelantan dalam pembahgian kuasa?

Jika BN menang banyak kerusi walaupun bukan majoriti, kemungkinan umno akan semakin kuat berbanding sekarang. 

Umno boleh membentuk kerajaan bersama parti parti lain, tapi ia tidak akan di buli seperti yang Muhyiddin lakukan.

Umno banyak pengalaman, kalah dan menang dalam pru sudah dirasai. Anggap pru yang lalu dan apa yang terjadi hari ini adalah membuang pemimpin yang tidak berjiwa parti.

Bersatu umpama parti pelarian mencari tempat untuk berteduh. Peribahasa melayu, dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung. Sayangnya Bersatu seperti yahudi atau pokok parasit. 

Bukankah sepatutnya Bersatu menjadi lebah, tidak merosakan tempat tumpangan malah menjadi penyelamat?

Apa akan jadi dengan umno jika Muhyiddin menjemput mic dan mca dalam PN?

Umno akan checkmate.

KJ dan Hishamuddin masih belum berani bersuara kerana kerusinya tidak selamat seperti Ketereh.

No comments:

Post a Comment