Tuesday, January 12, 2021

umno dilekehkan oleh Muhyiddin

Bila politik Muhyiddin seperti ular, umno perlu berhati².

Apakah Tok Mat tidak layak menjadi TPM? Mail Sabri tidak layakah? Apa jawatan Hishamuddin dalam parti? 

Melantik Hishamuddin sama seperti melantik Anuar Musa sebagai TPM.

Hishamuddin kitol umno, dihantar portugis untuk melemahkan Melaka. Perjuangan umno ada pada Najib dan Tok Mat. Sayangnya dulu Najib membela orang seperti Tun Faisal. Berjuta dilabur dalam media, apa hasilnya? 

Najib sudah dihakimi, Mat Maslan dan Shahir Samad next. Kenapa PH melepaskan Tok Pa dan Mas Emeryati?

Bila ahli politik bicara intergriti, lupakan. Kroni sana sini tapi mulut mulut sembang anti rasuah.

Islam perlu diterapkan tapi bukan Islam versi Pas. Politik Islam perlu mengikut zaman khalifah, bilamana Umar al-Khattab membuat garis lurus dengan mata pedangnya maka itulah keadilan.

Umno boleh bangkit?

Sekarang semuanya instant (segera) dan bergerak volatile. Orang tidak memikirkan dasar tetapi orang memilih apa yang aku akan dapat. Rakyat sekarang tidak ada masa untuk pening kepala.

Maksudnya, "orang dulu buat untuk anak cucu", sekarang tidak. Tanah sudah tidak disayangi, ia dijual untuk mendapat maanfaat.

Bola sepak pernah layak ke olimpik tanpa nama Mohamadou Sumareh, sekarang hampir satu pasukan nama Sumareh. 

Umno tidak mampu bangkit jika tidak ada elemen "apa yang aku dapat". Kalau umno mahu melaksanakan gst, parti ini akan dilekehkan.

Sebaliknya bila umno mengikrarkan brim RM3500 dan pengecualian cukai bagi bagi pendapatan <RM100K umno boleh menjadi parti popular.

Logikah jika brim dapat lebih banyak dikala pendapatan negara dikurangkan.?

Kerosakkan ini akan berterusan sesuai untuk akhir zaman. Bila yang buruk ditimbus, muncul la tunas baru.

Kebodohan dianggap pintar, sepertinya ilmu itu sudah diangkat. Apakah nama zaman ini?

No comments:

Post a Comment