Saturday, January 16, 2021

KKM sudah hilang tenaga

Amnya, PKP2.0 semua sektor dibenarkan beroperasi berkapasiti 30% dan kedai makan take away. Duit dh takde, ekonomi terpaksa digerakan walau merangkak, nak mengharap duit helikopter seperti pkp dahulu memang tak la.

Bila Muhyiddin mohon darurat kerana mahu mengelakkan prk Batu Sapi, ramai yang mengecam. Dalam otak, darurat boleh makan babi atau tentera ambil alih, tidak berpengetahuan jenis² darurat begitulah. 

Sudah dua hari market bullish, kestabilan politik memberi impak positif oleh pelabur runcit tetapi pelabur asing masih memberi prespektif negetif. Bukan hanya kerana tiada semak dan imbang, tapi pelabur mahukan kerajaan yang stabil.

Hari ini mencatatkan bilangan harian paling tinggi 3337 dan dijangka akan meningkat 5000 pada bulan Mac, kau nak terkejut bila cecah 4000, 6000? 

Ketika ini KKM hanya mengambil pesakit covid paling awal 2 hari, begitu juga dengan tempoh menunggu membuat swab test. Keadaan lapangan kesihatan awam sudah tidak dapat menampung pandemik walaupun begitu pkp dilonggarkan.

Sekali lagi jangan terkejut bila pesakit covid dibiarkan dirumah, hospital full house.

PKP tetapi kedai tidak penting masih dibenarkan dibuka seperti biasa, kilang² dan pembinaan yang menjadi pusat pembiakan dibiarkan beroperasi, kalau beginilah perlaksanaan pkp sampai tahun depan covid tidak mampu dilandai.

Bukankah masalah covid disumbang dengan mobilasi pekerja asing? Kenapa harus membiarkan mereka bergerak?

Nampak untung tapi sebenarnya merugikan bagi jangka panjang. Bila kesihatan awam runtuh kejatuhan ekonomi pasti akan menyusul.



Jejak Contact

Jika kerajaan melaksanakan pkp secara total dalam 2 minggu bilangan kes mampu dilandaikan dengan menggunakan kaedah FFTI tapi dengan cara potong jalan.

KKM perlu mewajibkan kuarantin diri close contact (seisi rumah) tetapi menyaring dengan membuat swab test pada lapisan kedua. Close contact yang bergejala perlu diswab untuk dirawat di hospital, yang tidak bergejala walau berkemungkinan positif hanya perlu self quarantine, jadi bilangan pesakit di hospital boleh di kurangkan.

Proses ini berterusan kepada layer kedua yang positif sahaja, jadi kkm mampu mengejar covid kerana KKM hanya menumpukan kes yang BAKAL BERLAKU.

Semua close contact dan layer kedua perlu dipakaikan gelang mengikut tempoh sebenar. Apa itu tempoh sebenar?

Jika dia berjumpa orang yang positif 10hb, maka 20hb gelang boleh dibuka dan jika 14 hari 24hb gelang boleh dibuka dan bukan tarikh mengikut pemakaian gelang.

Maksudnya camni. 

Jika isteri jumpa doctor untuk ibu mengandung, doctor akan mengira waktu subur bukan tarikh berjumpa doctor untuk menguji kehamilan. Bayangkan jika isteri jumpa doktor sudah mengandung 5 bulan, agak-agak tambah 9 bulan berapa tarikh anak dilahirkan?

Kedah ini perlu digunakan kerana negara kekurangan kit untuk mengesan atau menguji sampel. Kedua kerana kita kekurangan pusat kuarantin. Jadi dengan kaedah ini sewaktu pkp penuh dan menggunakan jalan pintas kita mampu memustuskan rantaian.

PKP boleh dibuka selepas dua minggu dan boleh melaksankan (pkpb), kaedah ini akan terus digunakan sehingga bilangan kes di dalam kemampuan pengujian sampel KKM barulah pengujian close contact dilakukan.

Jika banyak kes di kilang, maka kilang itu wajib ditutup tanpa mengira kepentingan. Banyak kilang lagi mampu mengganti bekalan, maka dengan ini pihak industri akan menitik beratkan sop dalam operasi mereka.

Selagi kita bertolak ansur perlaksanaan sop, selama itu kita kes covid akan meningkat. Top glove memecat seorang pekerjanya kerana mendedahkan pihak pengurusan mengabaikan sop.

Kebajikan 

Bagi menjayakan self quarantine kerajaan, majikan, ngo dan pemimpin setempat perlu digerakkan bagi memenuhi keperluan asas. Menyalur bantuan atau membantu membeli barang keperluan mampu mencegah mereka menyebarkan jangkitan/

Jika kita mahu mengejar no jangkitan, teruskan apa pendekatan sekarang tetapi jika mahu melandaikan covid, kita belum terlambat.

No comments:

Post a Comment