Sunday, January 17, 2021

Selagi tidak berkuasa, siapapun presiden akan dikecam

Sebelum ini dimana suara pemuda, hanya suara si ketua memperjuangkan parti. Bila sudah mendapat sedikit kuasa presiden pula ditentang.

Bukan menyokong Ahmad Zahid, tetapi prinsip umno dari dulu begitu, menjilat demi kuasa. Hanya Datuk Harun ketua pemuda yang berjiwa kental. 

Lihat prinsip Anwar Ibrahim, hilang kuasa tidak apa asal kitol dinyah dalam parti. Sekarang pemimpin PKR mendukung aspirasi presiden secara total.

Bukan tidak nampak apa yang diperjuangkan oleh Pemuda, tetapi langkah Pemuda menggadaikan parti. 

Silat Politik.

Pada pandangan pemuda adalah lebih baik punya sedikit kuasa daripada merempat. Prinsipnya boleh diambil dalam kamus politik KJ.

Ungkapan Si kitol akan seperti ini.:

"Sekalipun parti terkubur kepentingan agama dan bangsa lebih utama dari parti. Parti perjuangkan apa? dan kenapa harus terikat kepada parti sedangkan perjuangan sebenar ialah agama dan bangsa, parti hanya wadah membawa agenda." 

Niat sebenar politikus umno ialah survival bukan agenda rakyat. Jika umno mampos, KJ akan menjadi menteri dibawah Muhyiddin, pemuda akan terus mendapat projek dan masa depan Hishamuddin lebih cerah. 

Lihat bagaimana dalam satu kawasan RM35 juta diluluskan dengan segera bagi membina dewan, bukankah mangsa banjir lebih memerlukan.

Yang dipermainkan ahli, yang terus kaya pemimpin.

Umno parti yang kalah dan sekarang terpecah. Kepincangan semakin jelas disebabkan presiden dan bekas dalam kluster makamah, pemimpin bawahan terjebak dengan keperluan dunia. 

Siapa nak bayar rumah, vellfire, dua isteri dan sosial lain?

Politik lebih mendominasi agenda sedangkan negara yang terbelakang sebelum ini mengutamakan agenda negara. 

Keadaan sekarang umpama peribahasa lama, enau melepaskan pucuk masing-masing. Pesanan pada golongan kurang berpelajaran, jika makan gaji ikhlas dengan kerja, barakah Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎)  lebih luas dan menjamin rezekimu berbanding dengan majikan.

Kalau tidak percaya cuba semak, berapa kekosongan kenaikan jawatan bagi pegawai berbanding orang bawahan?

Jika pegawai lebih ramai siapa yang akan menjadi pekerja? Bangla, nepal, mynmar akan diimport sebanyak mungkin dan anak bangsa hanya berstatus pemandu teksi, eh! grab sedap sikit bunyinya.

Jangan anggap orang yang tidak dituduh di makamah tidak bersalah, politik ini bapa segala penipuan. Kenapa pemuda umno tidak mendesak PN mendakwa Tok Pa dan Mas Emeryati atas tuduhan menerima dari Najib?

No comments:

Post a Comment