Benda yang sama diulang-ulang, hari ini dia nk bgtau rakyat akan dikenakan kompaun yang lebih tinggi.
Kalau covid dapat diselesaikan dengan cepat, kemungkinan Abah Din akan mendapat sokongan rakyat, tapi bila kantoi bibir menanam tebu tapi kerja hanya menumpukan politik, parti Abah Din boleh ditolak tepi.
Sebagai pm kelangsungan rakyat, penyelesaian masalah dan visi perlu ada. Rakyat akan memerhati dan memberi kredit jika dasar kerajaan menunjukkan prestasi yang baik.
Rakyat tahu kerajaan ada beri bantuan walau tidak mencukupi, rakyat tahu kekangan kewangan kerajaan, lalu mereka setuju untuk pengeluaran kwsp.Kerajaan tak keluar modal pun untuk membantu rakyat, sebaliknya rakyat berdikari dengan apa yang dia ada. Apa yang Abah Din buat ialah mereka mahu rakyat bergantung agar kerajaan dilihat prihatin.
Melayan orang gila politik tidak memberi maanfaat, konon sayang melayu tapi tangan ambil rasuah, demi Islam tapi bila dapat kuasa rupanya hanya pandai berkata, taksub pada parti tapi apabila prestasi pemimpin mereka macam gampang hanya berdiam diri, spesis orang macam ini banyak di kedai kopi.
Kau professor atau ulama tapi sorry bila kau bicara politik itu bukan bidang tuan, sekalipun tuan dalam ilmunya antara ilmu lapangan dan dalam buku adalah berbeza.
Apa yang aku mahukan sebenarnya, itu salah ini salah?Aku tidak suka cakap tidak serupa bikin, memahami dalam lapangan tapi sesuatu perkara perlu ada hadnya.
Ambil contoh, kita ada benih padi yang baik tapi benih padi yang dibekalkan kepada pesawah gred rendah. Masalah pengaliran tidak diselesaikan, lebih menyedihkan orang persatuan tidak membantu pesawah, banyak pesawah merungut mereka bagi racun tapi mereka sendiri tidak tahu racun itu digunakan untuk apa.
Abah Din spesis orang politik kedai kopi, visinya tiada. Idea ekonominya seperti Pak Lah, ada RM10 hanya berani belanja RM10.
Orang bisnes jika di IPOkan mereka seperti akan kehilangan syarikat tapi sebenarnya jika pengurusan syarikat mereka baik, kekayaan mereka akan lebih cepat berbanding dengan syarikat berstatus enterprise.
Jika 20 tahun meniaga enterprise boleh dapat 2 juta, tapi jika syarikat itu dikembangkan ke peringkat ipo meskipun kehilangan kuasa dalam syarikat kita boleh menjana lebihan juta.
Meniaga tidak perlu nilai sentimentel, meniaga adalah untuk jana keuntungan, dapat duit kau pencen la.
Mahathir ada melontarkan pesawah perlu dibesarkan, diswastakan atau konstorium, lalu adalah idea perlu kerja malam kerana petani jangan malas.
Idea Mahathir sebenarnya mahu seperti fgv, menyewa tanah dari felda dan dan peneroka akan mendapat maanfaat. Tapi kerana serangan politik dan ketidakcekapan pengurusan maka fgv gagal menjadi gergasi perladangan.
Kisah dijulang serangan subuh pembelian guthrie, tapi rakyat tidak endah cerita IHH. Kenapa?
Bukan senang hendak memiliki syarikat no 2 terbesar dunia, tapi kerana tangan orang tidak bijak kita sudah hilang kawalan pada syarikat.
Jika negara dipimpin oleh orang yang tidak ada visi pembangunan, kita tidak ada duit. Nak beri bantuan pendidikan perlu dicatu, ura-ura oku perlu diberi elaun RM1k, maaflah itu mungkin hanya pengumuman kosong.
Jika ekonomi menguncup 5% untuk 3 tahun berturut-turut maksudnya apa?
Pendapatan negara ditolak mengikut kaedah baki berkurang, bahasa lama bahasa ekonomi baru tidak pasti. Jika pendapatan negara RM300 bilion setahun anggaran kehilangan pendapatan sekitar RM20 bilion untuk 3 tahun. Amaun ini jika membeli aset tentera sudah cukup untuk digeruni oleh negara serantau atau beribu sekolah daif dinaik taraf.
Cerita politik sedap didengar, mana ada orang mengumpat tak best kan......


No comments:
Post a Comment