Waktu BN, Peguam negara (AG) dibayangi umno selaku pemerintah. Rakyat tukar kerajaan mahu negara ini ditadbir dengan good governance.
Sebaliknya AG yang baru sama juga terikut dengan madah politik, pemimpin parti pemerintah dilepaskan, Bila profesinalisma hilang dalam pentadbiran, undang-undang dilaksankan sebagai senjata politik.
Lebih mendukacitakan apabila AG tidak mempercayai keupayaan orang bawahan, dengan erti kata lain penjawat awam makan gaji buta.
Alasan ini digunakan untuk mengupah kawan-kawan, bahasa pasar bagi job dekat kawan.
“Kira-kira RM 1.6 juta dibelanjakan untuk yuran guaman bagi Tetuan Joseph & Partners selaku peguam cara yang mewakili Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Syarikat 1MDB.
Yakinkah khidmat S Sitpah secara percuma? Tidak ada pintu belakang?
Justice In the wildness
Kenapa TT mahupun PH tidak boleh berkerja dengan penjawat awam?
Semasa PH mentadbir, ramai ksu ditukar sehingga Mahathir menegur para menterinya, ksu sudah lama kerja masakan mereka tidak tahu cara bekerja?.
Dalam tulisan TT, dapat dirasakan dirinya penuh dendam dengan kerajaan (BN) sehingga mengungkit kisah lama diluar pengetahuannya.
Menuduh Tun Razak dalang 13 Mei, bukankah keterlaluan?
Kenapa Tun Razak?
DEB ialah ilham Tun Razak, pendidikan juga sudah dirintis oleh Tun Razak. DEB tidak disukai oleh mereka kerana puak ini berpendapat DEB tidak adil bagi mereka.
Bagi mereka, mengapa perlunya kuota bumiputera sedangkan mereka juga rakyat Malaysia? Kenapa melayu banyak diberi bantuan sedangkan mereka perlu bayar cukai?
Kegagalan PH disebabkan dendam sekian lama, banyak perubahan dari segi dasar sehingga dapat dirasai oleh orang melayu termasuklah apa yang dibuat oleh TT.
Melepaskan Guan Eng dan LTTE sedangkan sepatutnya AG perlu mendapatkan nasihat daripada pihak yang menjaga keselamatan.
Siapa dia untuk menyatakan LTTE sudah tidak relevan?
Sulit
Menceritakan pertemuan dengan seorang putera UAE atas urusan kerajaan, mungkin tidak menyalahi undang-undang seperti yang dilakukan oleh Lateefah Koya, fikirkan kita sendiri tidak selesa jika personal whatsapp didedahkan, apa agaknya presepsi orang luar dengan kepimpinan negara?
Keterujaan menulis TT membongkar sendiri perlantikan hakim-hakim termasuk ketua hakim negara melalui nasihatnya.
Menuduh hakim berat sebelah terlalu prejudis, tapi jika sampai mahu bertanding pilihanraya, hati manusia tetap berpihak kepada apa yang dia suka.
AG sepatutnya menjaga kerahsian, dengan penulisan seperti ini pihak berkuasa wajar menyiasat samada dia sudah melakukan salahlaku atau tidak.
Apa yang dilakukan oleh PH lebih buruk apa yang dilakukan oleh BN, terima kasih TT kerana kelancangan mulut kau sendiri.
Tommy Thomas merasakan dirinya lebih bagus dari sebelum ini, dia tidak sedar dia tu sampah.

No comments:
Post a Comment