Monday, February 22, 2021

Jadilah trader yang bijak

 Melabur perlu ada ilmu dan wise.

Banyak orang membeli emas ketika harga sudah naik atau dalam trend. Cikgu mengajar akan mengatakan elok membeli dalam trend untuk mengelakkan kerugian.

Ketika emas sudah mencecah paras tertinggi masih ada yang mahu membeli mengharapkan harga breakout.

Mengharapkan harga breakout (BO) dengan alasan chart sudah beberapa kali BO. Ramai trader hanya berdasarkan chart dan menganalisa FA dengan market capital.

Sebenarnya tidak kisah pelaburan apa, saham, forex, emas, minyak ataupun fcpo, mereka membeli atau memasuki market berdasarkan chart dan indicator. 

đŸ‘†Ini dikatakan ilmu.

Wise.

Wise bergantung dengan keupayaan kita membaca chart, ilmu, logik dan persekitan.

Jenis pelaburan ataupun kaunter saham tidak sama walaupun ia berkait, contoh walaupun indeks bursa naik kaunter pelancongan tidak akan naik. Disini timbulnya logik dan persekitaran.

PKP masih banyak dikuatkuasakan, tidak logik sektor pelancongan akan naik. Sekalipun ada momentum atau volume ia adalah spekulasi.

Ambil contoh pelaburan emas.
Harga emas akan naik bila krisis ekonomi dan secara asasnya usdollar susut emas akan naik. Seperti sekarang sejak pandemik us dollar jauh menyusut.

Ramai yang tahu dan ramai yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu.

$dollar menyusut kerana dunia menggunakan matawang ini dan ketika ini semua negara dunia sedang dalam kemelesetan. Secara logik usdollar akan menyusut kerana kurang permintaan dari penggguna.

Asas teori ekonomi ialah apabila permintaan tinggi harga akan meningkat. Nah, bukankah ia sesuai dengan keadaan dollar us sekarang. Kurang permintaan maka dollar akan melemah.

Keadaan sekarang dunia sudah mendapat vaksin dan ekonomi sedang bergerak, sebab itu harga minyak naik dan minggu lepas semua kaunter minyak naik. Dijangka Uzma akan mencatatkan peningkatan walaupun sedikit merosot minggu lepas. 

Berbalik dengan harga emas, harga minyak naik kerana ekonomi dunia sedang bergerak maka permintaan dollar akan meningkat. Logikkah harga emas akan naik ke paras tertinggi lagi?

Dengan semua negara berjuang tanpa pilihan untuk terus radikal melawan covid, mustahil harga emas akan meningkat ke paras lebih tinggi kerana asasnya emas adalah cagaran kepada duit kertas.

Jika duit kertas naik (dollar), harga emas akan jatuh.

Jika trade emas/usd siapa yang memilih bullish, berhati-hati. Kepada peminat emas, jangan berebut. Harga emas akan jatuh lagi.

No comments:

Post a Comment