Tuesday, February 23, 2021

Meraikan pendapat

Sudah dengar apa yang dia sampaikan, semua pendapat tidak salah. Terpulang kepada kita untuk menerima atau menolak pendapat seseorang.

Tertarik dengan apa yang dia kata, susahnya untuk memahamkan orang, hanya Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) sahaja yang dapat memberi hidayah dan kefahaman. Nabi (ﷺ) sendiri tidak dapat memahamkan bapa saudaranya. Lebih kuranglah ayatnya berbunyi begitu.

Aku hanya mengulas peranggan ini sahaja. Aku ini sebaris ayat boleh membuat satu journal.  

Sebelum pergi jauh, kefahaman dan mentaliti itu adalah benda berbeza seperti mana otak dan akal. 

Kefahaman ialah keupayaan akal kita untuk mentafsir sementara mentaliti itu dibentuk dari ilmu, pengalaman dan pengetahuan samada dari apa yang dibaca, dilihat atau mendengar pengalaman orang.

Pendapat yang bersetuju.

Mengapa ada orang yang setuju dengan tidak setuju dengan pendapatnya.

Setuju apabila keadaan seseorang hampir sama dengan dia, seperti dia kata tengah malam anaknya pukul 1 tengok kartun. Walhal masa itu confirm anaknya kecil lagi.

Ada orang setuju dengan pendapatnya bila melihat sekeliling, ramai ibubapa berlumba atau mementingkan keputusan cemerlang dalam akademik.

Ada juga orang setuju disebabkan oleh hiburan masakini seperti mana kerjanya Zul sebelum ini.

Persoalanya, adakah semua orang seperti mereka di atas?

Tidak semua doctor perubatan buta agama atau orang lepasan universiti suka hiburan. Ada yang lebih baik dari kita apabila mereka melabur kekayaan atau wang ringgit ke jalan akhirat dengan menyembunyikan tangan.

Ada juga orang kaya yang mengupah ustaz atau ustazah datang ke rumah untuk belajar mengaji. Masih ramai dikalangan orang kita selepas magrib mengajar anaknya mengaji. 

Apa yang aku faham sepertinya Zul tidak menyarankan kita tak perlu menjadi doktor atau pensyarah (ilmu dunia).

Jika ini apa yang dimaksudkan, ini songsang kerana dalam Islam ilmu darjatnya diangkat 70K.

Jika pendapat Zul diterima 100%, kalau semua meninggalkan ilmu dunia bagaimana hendak merawat pesakit atau mengajar anak²?

Orang yang tidak sependapat dengan Zul ini kerana mereka berpendapat pandangan Zul dari skop yang kecil sedangkan dalam Islam kita perlu wise.

Bukan bermaksud Zul tidak pandai, ilmu agama juga satu ilmu tapi kita tidak boleh menolak ilmu lain. Jika semua memfokuskan ilmu agama dan hanya berharap rahmat Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى), susah la. 

Perenggan ini diulas secara simple agar tidak panjang dan meleret. Cerita dajjal, duniawi, tidak mengikut sunnah akan membawa penulisan yang begitu panjang.

Contoh yang boleh dikupas, adakah Zul faham isi Al-Quran sepenuhnya sedangkan Al-Quran itu ialah panduan dunia dan akhirat. Ia umpama sebaris ayat membawa 1000 makna, ilmu bila dipelajari sampai reput tidak habis.

Untuk menjadi orang yang hebat kita kena belajar menerima pendapat orang. Tidak semua orang seperti kita kerana kejadian manusia adalah berbeza-beza. 

Hakikatnya walau seseorang itu sudah berubah, banyak pandangan orang terbit dari pengalaman lalu.

No comments:

Post a Comment