Friday, February 26, 2021

umno bersama pn, lembu boleh ketawa

Keputusan umno keluar dari kerajaan hanya memecahkan melayu. Yang bercakap katak mengejar jawatan, yang mendesak umno kekal dalam gagasan mereka yang mahu menunggang umno.

Apa untungnya umno menyokong PN? Baru menjadi kawan sudah ditunggang, fikirkan bila sudah terlajak lama, memang kena khianat seperti mana mereka khianat rakannya sebelum ini.

Akan datang bila pentadbiran lemah, getahnya pada umno walhal kuasa pentadbiran dipusatkan orang seperti Mat Jargon.

Jika umno menyokong bersatu, secara peribadi apa persepsi kita sendiri?


Khianat melayu?

Ketika bersatu dalam PH kenapa tidak timbul isu melayu menghancurkan melayu? Ketika Pas bersama Pakatan Rakyat ada pula dalilnya.

Terbaru Mail Sabri menyokong PN, nama panas untuk TPM mestilah kena menyokong. 

Kalau ada ahli umno yang membuat kain rentang menolak presiden, dia boleh jadi pengerusi Dun. Tidak ada ahli umno yang rajin membuat kain rentang kecuali dapat duit. 

Ahli cawangan kalau kat kampung, ketua² yang tolong undi. Mereka tidak kenal sekor pun siapa yang bertanding. 

Hanya orang yang suka bertanding jawatan sahaja tahu kenapa amat susah untuk menewaskan penyandang jawatan. Selalunya walaupun tewas tetapi mendapat sokongan yang kuat, nyawa politiknya masih menyala jika orang itu dinamik. 

Apa untungnya umno menyertai PN.

Walaupun prestasi PN tidak terlalu memberangsangkan, jika umno bersama PN orang macam Mat Jargon boleh menang.

Tapi adakah umno akan kuat semula?

Rugi sahaja menjadi ahli umno, kalau lembu boleh ketawa dia akan ketawa. Kenapalah ahli umno lebih bodoh dari dia. 

No comments:

Post a Comment