Sunday, February 28, 2021

Zeti sepatutnya disiasat.

Walaupun ada laporan kepada SPRM berkaitan dengan suami dan anak bekas gabenor, kerajaan masih tidak mengambil sebarang tindakan. 

Setakat hari ini, Zeti tidak disenaraikan sebagai saksi pendakwa 1mdb, malah pendakwa meminta hakim mengeluarkan larangan kepada Najib agar tidak menyerang Zeti di facebook.

TIA.

Sebagai perdana menteri Najib menyematkan TIA kerana terpanggil atau menerima arahan daripada YDPA pada waktu itu kerana syarikat ini mengalami masalah besar.

Sebelum ini, Najib ada menulis sebagai memanda perdana menteri adalah menjadi tanggungjawabnya menjaga nama baik YDPA.

TIA ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menjadi syarikat startegik, MB Terengganu ketika itu, Ahmad Said. 
Ia termasuklah AS$7.42 juta pada 18 Jun 2008, daripada syarikat Jho Low iaitu Butamba Investments Ltd, yang terlibat dalam urus niaga tanah bernilai RM3 bilion dengan Khazanah Nasional di Johor, hanya sebulan sebelumnya.

 Petikan daripada Malaysiakini.

Najib menjadi perdana menteri 3 April 2009, sedangkan skandal ini sudah bermula sejak penubuhan TIA 2008.

Zeti menjadi gabenor dari tahun 2000-2016 dan suami zeti sudah terlibat dengan skdandal ini sebelum Najib menjadi perdana menteri.

Sebelum ini Najib ada memberitahu, dia membuka akaun atas nama sendiri atas nasihat Zeti sebagai gabenor negara.

Adakah Zeti sudah sedia maklum perbuatan suaminya, lalu membuat perangkap mencari kambing hitam?

Dalam prosiding SRC, hanya andaian diguna pakai dimana arahan tidak secara terus dari Najib. Malah, pegawai Ambank sendiri mengaku Najib tidak mendapat maklumat daripada pihak bank kerana arahan Jho Low.

Oleh sebab itu semalam Ambank membayar kerajaan RM2.83 billion atas kesalahan tadbir urus niaga mereka. Goldman Sachs sebelum ini sudah membayar RM15.8 billion, jadi apa yang dikatakan oleh Najib memang benar, jika berlaku kerugian / kerosakkan pada pelaburan syarikat ini akan membayar ganti rugi, tapi hanya pada tahun 2020.

Dalam skandal sebesar ini, logikkah hanya Najib Razak didakwa?

Jika BN masih memerintah logik Jho Low ditangkap, PH dan PN masih gagal menangkap Jho Low. Kalau bukan kerana nama dana SRC atas nama Najib, keputusan penghakiman itu lebih kepada hearsay.

Jika mengambil kenyataan KP SPRM lantikan PH, memang wujud putera arab tapi kerana tiada dokumen sokongan maka kenyataan putera itu ditolak dalam siasatan.

Gambar Najib dan Jho Low dalam kapal, Najib sudah menjelaskan kenapa. Itu kehendak putera arab bukan kehendaknya.

Sepertinya Najib sudah kena scam.

No comments:

Post a Comment