Tuesday, March 2, 2021

Kau je la semua betul

Tun disokong semula kerana, PM ketika itu terpalit pembunuhan pengasas Ambank. Banyak lagi cerita tidak enak didengar, beratus billion projek kerajaan dilancarkan pasti dalam nilai itu ada percent masuk poket.

Bila kerajaan bertukar tangan ternyata tiada satu sen masuk poket orang kena tuduh. Sebaliknya semua projek yang sedang dijalankan perlu distruktur semula kerana kerajaan tidak wibawa.


Yang berlalu tidak perlu diulas semula, cuma jangan percaya kata-kata orang politik. Tidak menghina tapi sudah hilang hormat sebagai pemimpin besar.

Kata Najib semasa kalah pru lalu, Mahathir akan habiskan dia. Bila kes berjalan, yea Najib salah sebab mempercayai orang, pelandok selalu melupakan jerat.

Dalam satu wawancawa Tun ada mention dia amat terperanjat dan kagum kerana pertukaran kerajaan yang lancar.

Apa maksudnya?

Jika Mahathir PM dia tidak akan mengalah. Seperti yang dikatakan oleh Najib, masa itu dia ada pilihan untuk mengekalkan kuasa tetapi dia memilih untuk mengikut suara rakyat.

Inilah yang membezakan jiwa besar bekas perdana menteri.

Letak Jawatan.

Tun meletak jawatan kerana hilang sokongan majoriti?

Jangan nak membohong. Jika dia sendiri yakin dia akan dilantik semula bukankah alasan itu hanya untuk menutupi agenda diri sendiri.

Buktinya pada awal pentadbiran PN tidak cukup kerusi dan PH pada masa itu sebulat suara menyokong Mahathir, hanya selepas Mahathir berkilas PH menyokong Anwar.

Dalam tulisan Marzuki baru-baru ini,

“Secara peribadi, saya rasa untuk mengaitkan kejadian di Hotel Sheraton pada malam 23 Februari 2020 dengan pembentukan kerajaan PN adalah suatu yang remeh.

Mahathir mahu melayu dibawah satu bumbung?

Mungkin yea mungkin tidak, tapi besar kemungkinan dia sendiri dikilas oleh Muhyiddin. Sampai bila Muhyiddin mahu ditambat oleh politik Mahathir. Sekalipun Muhyiddin hilang jawatan PM, sekurang-kurangnya dia sudah merebut peluang.

Jika Bersatu, PAS dan Umno sebumbung, dimana Mukhriz?

Mahathir lebih takutkan Najib berbanding Anwar. Najib tidak berkroni tapi dengan Najibnomics membuktinya Najib lebih dari apa yang disangkakan.

Kalau tanpa fitnah dan serangan kepada Rosmah, Najib tidak akan jatuh.

Bayangkan sampai sekarang ramai lagi yang percaya, Rosmah menabung dari kecil untuk membeli cincin RM24juta.

Dana SRC dan 1mDB tidak mahu diulas, cuma anak cucu Mahathir kalau hari-hari melancong sampai mati duit tidak habis guna.

Pencuri menuduh pencuri lain mencuri, takde masa nak melayan.

No comments:

Post a Comment