Friday, June 18, 2021

Cheng Hoe perlu lebih berani


Harimau Malaya tidak digeruni tapi diberi perhatian kerana pasukan ini sudah ada peningkatan. Sumareh, Mattiew Davies, Brendan Gan, Corbin Ong dan terbaru Dion Cools memberi impak positif. 

Dion Cools sosok yang sesuai menggantikan Aidil tapi banyak yang perlu dipertingkatkan. Kalau bukan kelemahan bahagian atas Aidil adalah pemain centre back di negara Asean. 

Safawi pemain tempatan yang menonjol kerana keupayaan kaki kirinya tapi pusingan kedua di Dubai prestasinya jauh merosot.  Hari ini dia meminta maaf kerana aksinya meraikan jaringan seperti menghina penyokong tempatan.

Isunya sikap seperti ini yang ada pada pemain, terlalu star sehingga tidak memijak bumi.

Apabila tempatnya dicabar oleh De Paula, Shafiq begitu bersemangat untuk membuktikan keupayaan. Semangat ini harus ada setiap pemain.

Malaysia UAE, pemain menyorok dibelakang pemain lawan kerana player tidak bergerak untuk menerima hantaran. Dalam situasi seperti ini, pemain tidak banyak pilihan untuk menghantar bola.

Malaysia vs Thailand, open game dan seronok untuk ditonton. Mungkin kerana tiada kelibat Liridon dibahagian tengah atau itu memang startegi coach. Jika second half Malaysia mengubah taktikal, Veitnam boleh ditewaskan.

Jika Akhyar mampu meningkatkan finishing dan memberi hantaran yang lebih baik, sebaiknya Sumareh ditolak ke atas mengambil posisi De Paula.

Aksi Syamer di Dubai tidak begitu memuaskan, jika diberi pilihan boleh diswap dengan Azam bagi memberi lebih kesan penetrate.

Sumareh bukan player yang boleh membawa bola tapi finishingnya boleh dianggap baik. Sebab itu ketiadaannya semasa melawan Vietnam tidak dirasai. Dia bukan pemain tengah.

Adakah bola sepak ada masa depan?

Ye ada jika Akhyar dan Luqman mampu meningkatkan skill dan serta Malaysia ada pemain tengah yang lebih berkeupayaan membuka game, Vietnam bukan lagi tandingan.

Oh yea, beberapa hantaran Arif juga baik tapi malangnya De Paula tidak setajam Thiery Henry.

Jika FAM mahu meneruskan natrulisasi janganlah usinya seperti De Paula atau Lee Tuck, tua sangat dah. Dion Cools adalah contoh untuk diketengahkan.

Beza Malaysia dengan Vietnam ialah semangat dah stamina mereka, kualiti permainan sama tapi apabila kita merasa dia hebat taktikal kita lebih fokus untuk bertahan dan counter attack untuk mencuri satu mata.

No comments:

Post a Comment