Saturday, June 12, 2021

"Sistem" perlu direset

LV diberi kebenaran kerana mereka ada sistem e-dagang. Jika alasan ini diguna pakai, boleh la kedai baju dan tudung dibuka. KPDNHEP memberi kelulusan kerana LV ada platformnya sendiri, telekung Siti Khadijah boleh memohon membuka premis.

Jika LV dan semua kedai yang ada SYSTEM online dibuka, 60% daripada pekerjanya datang bekerja.

Jawapannya stay home tapi dirumah pun tidak selamat. Virus datang ke rumah.

Kalau ini sistemnya, apa gunanya polis mengetatkan sjr kalau semua pengguna ada surat kebenaran? 

Kacau bilau.

Suruh lock down kau tidak mahu, sekarang sehari rugi $2.4b kau tak peduli pula. Bila pkp sambung dan sambung memaksa peniaga pecah tabung, kini situasinya peniaga jadi B40. 

B40 pula mengharap i-sinar, i-lesatar, ada lagi ke duit dalam kwsp tu?

Menangani covid seperti bermain politik atau main pondok-pondok. Nyawa dan ekonomi rakyat dipertaruhkan. Begini, cuba potong gaji penjawat awam 30%, nak tengok golongan ini mahu ke tidak pkp sepanjang tahun.

Politik pula sekarang kerajaan tebuk atap,  seorang lagi mahu cabut bumbung kerajaan tebuk atap dengan MAGERAN. Satu suku lagi mendesak parlimen dibuka, untuk check and balance. Katanya.!. Walhal agenda mereka sama, mahukan kuasa.

Situasi sekarang bukan rakyat huru hara tapi politik Malaysia yang kacau bilau. Jika pakatan politik pru15 rapuh, rakyat akan menghadapi situasi yang sama. Dari 80an hingga sekarang politician muka² yang sama. Jika ada yang baru mereka itu anak atau menantu mereka. 

Oleh kerana pkp terlalu lama, sebulan dua menanti vaksinasi itu berjalan sudah dianggap lama. Kalau peniaga sudah tidak mampu membayar sewa, poket ustaz pun sudah mula kosong. Yang kerja sendiri kalau isteri kerja kerajaan, stressnya beras bini beli. Semua hadap perkara yang sama.

Conclusion, sebelum covid kita kalut dengan kerja sekarang masa itu terlalu banyak untuk digunakan. Bayangkan orang dulu bagaimana time darurat komunis, klu tv pun xde gajet lagi la tidak wujud. So jika sesiapa yang mahukan situasi perang, nikmatilah erti kemerdekaan.

Selagi dapur boleh berasap, bersyukurlah dengan apa yang ada.

No comments:

Post a Comment