Tuesday, June 8, 2021

Ringkasan cerita covid.

Kompaun tidak update mysejahtera ditarik balik, mungkin undang-undang sediada tidak mencakupi perihal mengupdate apps. Entah apa yang difikirkan oleh penguatkuasa boleh fikir luar kotak.

Ramai yang rugi akibat covid, bank pula dapat untung berbilion. Kalau pekerja bank kata bank jantung ekonomi tidak peliklah bekas ceo bank jaga bank.

Statistik turun kerana KKM kurang membuat pengujian, alang-alang silap mata apa kata swab hanya pada orang yang datang hospital. Nanti angka harian tidaklah menggerunkan.

Kereta banyak di jalan, kenyataan polis mengesahkan mereka mempunyai surat majikan dan urusan yang dibenarkan. Ulasan pemberita agar rakyat duduk dirumah sedangkan diri sendiri berkeliaran mencari berita.


Penternak lembu 2 ekor dikenakan kompaun $1,500, pemilik kilang untung berpuluh ribu sebulan hanya dikenakan $10,000. Daripada mencari orang tidak memakai pelitup muka, lebih baik tengok² permit kilang. 

Umum bantuan laptop 150,000 unit bulan Jun baru agih 13,000 unit. Nak kata tidak ada duit, PM kata masih ada $200 billion belum belanja.

Siang malam kerajaan memerangi geng antivax, rupanya hanya untuk menutupi kelemahan mendapatkan vaksin. 13 juta orang mendaftar, baru 4 juta disuntik. Itu pun baru baru-baru ini suntikan dibuat dalam kuantiti mega.

Banyak kes tinggal di KL tapi suntikan di Perak. Nape harus dibenarkan begitu?

Setakat hari ini pengamal media belum divaksin, orang pencen dan duduk di kg diutamakan. Yang bekerja, yang duduk dalam kepadatan penduduk tidak diberi keutamaan. Bukankah orang bandar membawa virus ke kg?

Banyak pihak menyarankan agar melaksanakan total lockdown tapi kerajaan kata mereka ada caranya sendiri. Survival ekonomi menjadi perlu juga diutamakan. 

Hari raya daripada mereka sekat sana sini baik adalah lebih baik kerajaan melaksanakan pkp penuh, Semua orang cuti dan rakyat beraya di rumah. Semuanya akan selesai dan rakyat akan akur.

Dalam mereka tidak mahu, akhirnya bila mereka melaksanakan pkp penuh dan mereka kata langkah total lockdown adalah tepat. 

Kalau ada lagi Albertt Eintein, dia pun geleng kepala.

Apapun, rakyat dan KKM sudah memberikan yang terbaik. Samada polisi kerajaan itu baik atau tidak terpulang pada pandangan masing-masing.

Oh ye, semua ahli parlimen sudah mendapat 2 dos vaksin tapi masih ponteng keje.

No comments:

Post a Comment