Sunday, August 8, 2021

Bersatu seperti kudis.

Apa yang disuarakan oleh Tajuddin Rahman dalam mesyuarat MT Umno adalah pandangan yang baik. Begitu juga apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri, umno perlu menarik keluar pada waktu yang sesuai. 

Ismail Sabri juga memaklumkan jawatan TPM sudah direstui oleh Presiden dan bossku. Selaku Naib presiden apa yang dilakukan adalah berlandaskan parti.

Disamping itu Ismail Sabri mengesahkan MCA dan MIC mereka tidak mahu keluar kerajaan ketika ini.

Jika umno menarik diri, ia merugikan parti kerana kemungkinan kerajaan tidak jatuh kerana darurat.

Inilah jalan politik umno di bilik mesyuarat MT.

Sebaliknya bila kita dalam biro politik, kita akan melihat dan membuat keputusan dengan mengkaji pelbagai sebab antaranya apa yang dibangkitkan oleh Pasir Salak Dan Bera.

Perlu diingat bahawa kuasa mutlak ada pada perdana menteri. Walaupun umno mencatur tapi Bersatu ada kelebihan memilih padang. Sebab itu ordinan darurat dibatalkan terlebih dahulu. Muhyiddin takut jika ada serangan hendap dari umno.

Jika umno tidak menyerang, Bersatu akan mempunyai banyak masa menyusun politik kerana covid tidak akan selesai. 

Covid ini angka, jadi jika Muhyiddin mahu menurunkan angka tidaklah susah. Buang angka stage 1 dan 2 covid akan turun mendadak. Tetapi dia tidak mahu menurunkan angka kerana kedudukannya bergantung dengan angka covid.

Jika Muhyiddin diberikan banyak masa umno semakin parah kerana Muhyiddin akan berterusan mencuri MP dan membuat branding kepada dirinya.  

Dia PM dia akan mengagihkan bantuan, namanya akan dijulang oleh rakyat.

Seperti Tajuddin katakan, jika Ismail Sabri bagus ia memberi kelebihan kepada umno. Isunya mampukah Pak Mail membawa nama umno?

Sekarang Adham Baba dan KJ dari Umno. Di mata rakyat kerajaan gagal. Disini yang memberi bantuan ialah Muhyiddin yang gagal ialah umno.

Ada 2 tahun lagi parlimen dibubarkan. Ia memberi kelebihan kepada Muhyiddin menyerang umno. Lihat bagaimana Ros digunakan menggertak umno. Kalau benar Muhyiddin ikhlas TPM sudah lama diberikan kepada Ismail, kenapa kenapa baru sekarang?.

Jika umno tidak menarik sokongan, tidak ada sidang parlimen 7 September ini. 

Politik Muhyiddin dengan Mahathir sama sahaja. Dia akan buat tanpa belas. Sebab itu Tan Sri Musa Hitam angkat bendera putih. 

Perjuang Mahathir kerana bangsa, menjatuhkan Najib demi negara. Politik ini lakonan.

Jadi apa pilihan umno?.

Tidak menolak kes presiden menjadi sebab kenapa umno menarik sokongan. Presiden umno bukan presiden Pas, dapat jawatan menteri pasir berdegung pun dia terima. Jadi tidak hairanlah kenapa Pas tidak menyerang Bersatu. Makan dua kolam asal poket penuh. 

Sudah lama pkp, agak² berapa ramai yang susah? Ramai dari mereka mengeluarkan kwsp bagi menampung kelangsungan hidup. 

Kerajaan ada peduli ke kalau duit kwsp rakyat habis?

Peralatan hospital tidak mencukupi ketika covid?.

Yang disalahkan kerajaan umno walhal dulu mencukupi. Dulu ada hospital swasta dibawah IHH, sekarang sudah dijual.

Beratus billion dibelanjakan untuk melawan covid, masakan tidak ada peruntukkan untuk membeli peralatan? Kerajaan targetkan kpi 24k kes sehari, Muhyiddin tidak beli tong oksigen?

No comments:

Post a Comment