Saturday, August 7, 2021

umno akan diharamkan

Jika titah Tuanku dijadikan keabsahan kerajaan, mengharamkan umno tidaklah terlalu terkutuk. Politik Malaysia seperti menonton filem tamil. Babaknya kelakar tapi ketagih menonton.

Jika umno berjaya diharamkan, MCA dan MIC keluar dari BN maka terkuburlah Barisan Nasional.

Jika pru14 salah Najib sudah pasti pru akan datang Ahmad Zahid menjadi binatang korban.

Siapa yang menyokong umno pasti dicop 'paria'. Umno parti rasuah ironinya semua perdana menteri berbinkan umno. 

Dalam banyak warna tapi PN memilih biru BN. Malah segalanya seperti BN. Mungkin ia sengaja direncanakan untuk mengelirukan pengundi. Jika umno dan BN diharamkan, pengundi akan mengundi PN. Inilah kelicikan si musang berbulu ayam.

Demi rakyat mereka tidak meletak jawatan. Umno Sabah juga mengambil pendirian yang sama. 

Umno sudah berantakan, seperti kisah raja pasir berdengung, tinggal 3 ketul panglima melindungi raja. Tapi entah mengapa, 2 orang menteri setia kepada parti walhal parti umpama sampan hampir tenggelam.

Rakyat Belanda tidaklah ramai tapi boleh menawan negara sebesar Indonesia. Bila 100 orang Indonesia sanggup menjadi hamba seorang Belanda sudah pasti Indonesia dijajah. 

Bila umno diharamkan, sejarah kejatuhan Melaka akan berulang.

------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi mereka yang naif, begini. 

Kerajaan sekarang menyandarkan titah Agong sebagai bukti kerajaan sekarang adalah sah mengikut perlembagaan. Walhal Agong menitahkan parlimen dibuka segera bagi membuktikan PM mempunyai majoriti di dewan rakyat selaras dengan perlembagaan persekutuan Perkara 40(2). 

Lalu apa tindakan politik yang diambil oleh PM yang mungkin sudah kehilangan majoriti?. 

Melambatkan sidang parlimen bagi menyusun sokongan. Seperti ‘audio’ yang pernah tular, sokongan MP boleh diperolehi dengan menawarkan jawatan. Buktinya, pada pru yang lalu Bersatu hanya mendapat 13 kerusi. Dengan ugutan dan perlantikan jawatan menteri, seramai 18 orang MP Umno telah melompat ke Bersatu. 18 orang MP tidak termasuk MP umno yang belum melompat. 

Antara MP UMNO yang melompat ialah MP Masjid Tanah, Jeli, Larut, Bagan Serai, Tanah Merah.

Walaupun MP Sembrong Hishamuddin tidak melompat ke Bersatu, dikatakan dia adalah kartel memujuk MP umno melompat ke Bersatu. Program Scheme of things digerakan bersama dengan MP Larut Hamzah Zainuddin. 

Hishamuddin, KJ tidak ada jawatan dalam umno. Opportunist sudah pasti akan mengambil peluang yang terhidang. 

MP Tanah Merah sekarang ialah timbalan menteri pertahanan, MP Bagan Serai timbalan menteri kesihatan. Impian seorang pemuda cawangan ialah setinggi mana dia mendapat jawatan. Adalah sukar seorang politician menolak jawatan menteri. 

MP Jeli Tok Pa dan MP Masjid Tanah Mas Emieryati sebenarnya terpalit dengan 1MDB seperti yang dihadapi Ahmad Maslan dan Shahir Samad. Untuk menggugurkan pendakwaan mereka hanya perlu menyokong PM ketika itu iaitu Mahathir. 

Hishamuddin terpalit dengan banyak isu. Antaranya heikopter tempur tidak diterima seperti yang dijanjikan. Dengan menggunakan persahabatan parti ramai MP umno telah melompat dan condong kepada Bersatu. Dengan perlantikan Mail Sabri ke timbalan perdana menteri, hanya beberapa orang MP sahaja yang menyokong presiden. 

Isunya bukan Zahid tidak perform. Isunya jawatan untuk mendapatkan laba. Presiden umno tidak mampu membiayai MP umno ini. Jika diamati kenyataan Ku Nan sebelum dibebaskan sepertinya dia menyokong PM.

Bung Mokthar, berapa banyak kesnya di makamah. Jika dia tidak menyokong perdana menteri sekarang, semestinya akan turun naik makamah. Kluster makamah ini adalah pembunuhan karektor atau boleh jadi ugutan atau juga namanya tidak semurni Kasturi. 

Kelmarin ROS mengeluarkan kenyataan MKT umno tidak sah kerana tidak membuat pemilihan parti. Walhal sebelum ini ROS sudah mempersetujui tidak ada pemilihan kerana covid. Jika diamati, ROS boleh mengharamkan umno kerana melanggar perlembagaan parti. 

Jika Shahidan atau Nazri Aziz membuat laporan polis berkenaan dengan surat untuk meletak jawatan, setiausaha atau presiden umno akan disiasat dan tidak mustahil akan didakwa. 

Dengan pru semakin menghampiri, adalah mustahil untuk bangkit ketika kuasa tiada ditangan.

Ini ialah sebahagian coretan perjalanan politik. Mungkin benar mungkin salah kerana aku bukan seorang ahli parlimen.

No comments:

Post a Comment