Friday, August 6, 2021

Kenapa Pas harus dukacita?

PAS kecewa dengan umno kerana menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Wajar atau tidak umno menarik sokongan di ketika pendemik memuncak?

Keputusan PAU.

UMNO bukan sebahagian daripada Perikatan Nasional. Umno adalah sebuah parti yang berstruktur seperti Pas malah umno sungguh berpengalaman mentadbir kerajaan pusat. Sebagai sebuah parti, UMNO berhak menentukan halatuju politiknya sendiri.

Jika Pas mahu kekal bersama dengan Perikatan Nasional itu adalah keputusan parti Pas.

Adakah UMNO mengumumkan penarikan diri sewaktu kemuncak wabak?

PAU UMNO pada bulan Mac membuat ketetapan untuk tidak bersama dengan Bersatu. MT UMNO telah membuat keputusan 1 Ogos 2021 sebagai tarikh akhir penarikan diri sejajar dengan berakhirnya darurat.

Tidak timbul isu MT UMNO membatalkan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) kerana PAU memberikan hak kepada Majlis Tertinggi UMNO menentukan tarikh yang bersesuaian. 

UMNO belum menyatakan pendiriannya menyokong Anwar dan Dap. Masih sejajar dengan slogan NO DAP NO ANWAR. 

Keputusan MT UMNO adalah keputusan biro politik dimana UMNO telah mendesak Muhyiddin meletak jawatan kerana UMNO menganggap beliau sudah gagal mentadbir kerajaan. 

Adakah kerajaan berjaya mengekang pandemik ini? Mengapa perlu mengejar KPI 13,000 atau 24,000 jangkitan sehari? Mengapa membenarkan ia berlaku?  

Muhyiddin tidak meletak jawatan seperti kehendak UMNO, hari ini beliau melantik seorang penasihat berstatus menteri untuk mengukuhkan lagi kedudukan.

Kenapa UMNO masih dipersalahkan?.

Jangkitan harian covid 28 mac 2021 hanya 1,300 kes. Hari ini merupakan kes harian tertinggi iaitu 20,596 kes. 

Jika parlimen tiba-tiba ditutup, ordinan darurat boleh dibatalkan, majoriti kerajaan diragui apakah September akan datang tidak ada lagi drama? 

Jika 1,300 kes tidak boleh ditangani, mampukah dalam tempoh sebulan covid boleh turun ke 4k sehari.

Jika UMNO tidak menarik diri dari kerajaan sekarang, bila masa yang sesuai untuk membubarkan parlimen? Adakah setelah MP UMNO diborong oleh Bersatu barulah UMNO boleh menarik diri?

Hakikatnya UMNO bukan menarik diri ketika covid di puncak tapi sepertinya kerajaan mahu mencapai kpi 24,000 kes sehari untuk kekal berkuasa.

No comments:

Post a Comment