Thursday, December 30, 2021

Harapan palsu daripada pasukan bola sepak

Dibarisi pemain muda dan memberi keputusan positif, Harimau Malaya kelihatan akan garang untuk beberapa tahun akan mendatang. Tapi tiba-tiba hampir keseluruhan pemain itu tidak disenaraikan dalam line-up AFF Suzuki 2021.

Dalam saingan AFF Suzuki 2021, hanya Arif Aiman memberi permainan yang memberangsangkan. Selebihnya, kita harus berterima kasih kerana mereka mahu bermain untuk Malaysia.

Jurulatih tempatan tidak kompeten dalam saingan tekanan tinggi?

Hasil tangan orang Malaysia, Jepun sudah mampu menumbangkan China dalam badminton. Jepun juga belajar bola sepak dengan Malaysia. Lucu, tapi itulah kenyataan.

Untuk bangkit kena belajar menerima hakikat. Senario sekarang faktor kekalahan ditimbus dengan fantasi si A, B, C. Jadi laporan bedah siasat tidak diperlukan untuk mengenalpasti punca kekalahan.

Satu elemen penting untuk mewakili negara pemain harus mempunyai minit perlawanan dan mereka harus bermain dalam liga utama. Elemen ini untuk memastikan seseorang itu cergas, berpelangaman dan boleh bermain dalam tekanan tinggi.

Ramai pemain kebangsaan sudah menjadi pemain sejuk beku. Ahkirnya mereka digantikan oleh pemain yg sanggup menggalas misi negara.

Setakat hari ini belum muncul seorang pemain yang boleh menggantikan tempat Aidil. Pergerakan Junior Elsdtal terlalu perlahan dan tidak pandai membaca permainan. Sedikit sebanyak ketiadaan Aidil menjadi punca kekalahan.

Semenjak Safawi terjebak dengan cinta, permainannya merosot walaupun dia berjaya mencetak 4 gol bagi kejohanan kali ini.

Aidil, Safawi, pemain import.

Contoh nama diatas ialah kualiti dan sikap pemain bukan cerita mengapa Malaysia gagal layak ke separuh akhir. Jika disingkap banyak lagi faktor besar mengapa Malaysia tidak sebaris walaupun dengan Indonesia.

Pemain import merosakan pasukan kebangsaan, komen Lim Teong Kim. Sekilas ada benarnya tapi liga mana tidak ada pemain import?

La liga ramai pemain import, tapi Sepanyol tetap kuat. EPL masih dipenuhi dengan pemain import, England masih dalam prestasinya. Jadi apa isunya pemain import?

Singapore liganya tidak besar dan ramai pemain import tapi Singopre masih liat untuk dikalahkan.

Presiden.

Suara netizen menggesa TMJ menjadi presiden FAM, faktornya kerana kejayaan JDT. Aku agak skeptikal dengan saranan ini. Bukan kerana tuanku pernah menjadi presiden FAM tapi kejayaan JDT hanya bertaraf jaguh kampung.

Walaupun infrastucture dan pengurusan bertaraf dunia, apa yang JDT dapat adalah apa yang tuanku buat. Maksudnya, JDT juara 8 kali juara liga super atau 20 tahun bergelar juara liga super, JDT bukan tandingan kelab asia lain.

Unless kalau AFC dan FAM membenarkan 11 pemain import dalam sebuah pasukan.

Antara program pembangunan bola sepak terbaik pernah dihasilkan ialah dari Dato Ahmad Basri Akil. Berbanding dengan pasukan lain, Kedah diperkuatkan oleh pemain tempatan yang berkualiti yang tidak pernah putus.

Bola sepak bukan sukan badminton yang boleh dimainkan seorang atau dua orang. Membunuh pemain lawan baik untuk menjuarai liga tapi bukan untuk pasukan kebangsaan. Di England, kualiti pemain Aston Villa masih bertaraf dunia. 

Pemikiran dan landskap industri bola di negara ini tidak begitu positif daripada ibubapa. Mujur ada sekolah sukan dan AMD yang melahirkan pemain muda untuk menyalin pemain lama. Tapi kerana politik sukan, ramai dikalangan graduan ini tenggelam dalam pasaran.

Liga perlu kompetitif agar pemain terus berkembang tapi sepertinya pengurusan FAM hanya pupet. Kerana liga hanya tamat seminggu sebelum kejohonan, apalah agaknya untuk jurulatih lakukan.

Fikirkan sendiri. 

No comments:

Post a Comment