Tuesday, February 1, 2022

Lesen terbang bukan punca utama kemalangan

JPJ akan membekukan lesen institut memandu jika lesen dari institut tersebut banyak terlibat dalam kemalangan.

Jika benar JPJ mahu mengurangkan indeks kemalangan, langkah ini sedikit bingung. Kelulusan terletak kepada JPJ tetapi yang disalahkan institut. Sepatutnya JPJ menyisat pegawai yang meluluskan bukannya institut.

Kemalangan bukan hanya berpunca dari lesen terbang. Antara punca utama kemalangan jalan raya ialah pelanggaran undang-undang. Pelanggaran ini dilakukan oleh mereka yg mendapat lesen secara sah atau terbang.

Secara teori memandu perlahan tidak mengakibatkan kemalangan tapi realitinya corak pemanduan perlahan adalah kategori tidak selamat terutama di lebuhraya. Mereka yg memandu perlahan mungkin tidak terlibat dalam kemalangan tetapi apabila terdapat banyak kenderaan dalam edisi "memotong' maka ia menjadi punca kepada kemalangan orang lain.

Memandu dengan terlalu perlahan mengakibatkan kesesakan. Apabila terlibat dengan kesesakan dan memandu terlalu lama, pemandu akan hilang fokus, mengantuk, penat, leka dan faktor manusiawi lain akan menjadi punca kemalangan.

Kondisi kenderaan, cuaca, keadaan jalan raya, kelajuan, binatang antara faktor punca kemalangan. Gender dan umur juga tidak terkecuali.

Perempuan jika dia memandu kurang pertimbangan sedangkan dalam pemanduan pertimbangan antara elemen penting. Contoh, jika tidak yakin untuk memotong kita tidak akan memotong. 

Perempuan kalau rasa jalan dia betul, maka dia akan teruskan tanpa memikirkan akibat. Sebagai contoh, perempuan kalau terlanggar pagar rumah, dia tidak akan berhenti. Dah parking baru dia tengok kondisi kereta, walhal jika dia berhenti untuk menilai keadaan semasa kesan kerosakan kepada kereta boleh dikurangkan.

Aku tidak katakan perempuan tidak boleh memandu, tapi sekecil-kecil faktor boleh menyumbang kepada kemalangan.

Jadi untuk membatalkan institut adalah langkah tidak adil kepada institut. JPJ sendiri suka saman no plat kenderaan sedangkan no plat tidak pernah menjadi faktor kemalangan.

Eh.! no plat ada dalam undang-undang. Maaf saya bukan tergolong dalam orang tidak fokus pada isu. Isunya kemalangan. Adalah lebih baik JPJ membuat pemeriskaan kenderaan, contoh penguatkuasaan muatan lebih berat atau mengaktifkan bersungguh sistem KEJARA. Jangan salah sendiri tapi orang lain menjadi kambing hitam.

/Ramai orang yang memiliki lesen sah tetapi terlibat dalam lumba haram.

No comments:

Post a Comment