Sunday, February 6, 2022

IstiQamah Bersama Islam Tidak semestinya dengan Pas

Semakin ramai orang mengutuk ulama, kata mufti Kedah. Mengkritik kepimpinan Pas disamakan mengkeji ulama?

Adakah kerana mereka tahu ilmu agama maka mereka kalis dengan kesilapan, kemungkaran, takkbur?.

Presiden Pas seorang ulama, pengetahuan agamanya tinggi. Tapi kerana dia seorang presiden parti politik maka kritikan kepada politik lawan akan membawa kritikan balas.

Hari ini ketua pemuda Pas menyerang presiden umno, tidak mungkin ahli umno akan berdiam diri. Oleh kerana Pas didokongi oleh ramai ulama, situasi ini memberi ruang ulama dikutuk.

Kritikan Zahid juga dibalas oleh MP Kuala Nerus, "menggunakan perbandingan berupa binatang hanyalah mengikut sunnah gaya bahasa al-Quran dan adat Melayu".

Ulama adalah pewaris Nabi (ﷺ), ulama tidak boleh disanggah. Biasanya mereka yang berjubah akan menggunakan agama seperti perisai, walhal agama itu milik semua. Bukan diambil separuh². 

Kerajaan hari ini dibentuk dengan dokongan pelbagai parti. Kos sara hidup semakin meningkat, menteri yang berlatar belakangkan ustaz akan terdedah dengan cacian. 


Menyalahkan rakyat susah juga, kalau harga barang sekecil telur ayam naik sehingga 70% tapi pemimpin naik velfire atau minum air kosong RM5 sebotol, fikirkan.

Jadi punca semakin ramai mengutuk ulama terlalu umum. Ustaz Wadi Anuar tidak dikutuk, jadi selalunya kutukan atau kritikan itu muncul kerana tuan badan itu sendiri.

Ekonomi Islam.

Ramai dikalangan ahli pas ilmuan Islam, di saaat Pas masih dalam kerajaan apakah tidak ada cadangan bagaimana Islam boleh memakmurkan ekonomi negara. Yea, ekonomi terlalu besar. Cukup dengan penurunan harga telur, bukan cerita Terengganu tidak ada telor.

Salah seorang timbalan MAFI dari Pas, hari ini dia hanya mengeluarkan gertakan. Sebagai rakyat gertakan dan teori bangau oh bangau tidak memberi maanfaat pada rakyat. 

Rakyat dah bosan dengan politik, gaji di Malaysia terlalu rendah atau matawang kita juga rendah? Kalau dulu siam boleh menerima RM, sekarang Bath lebih tinggi dari kita.

Walaupun kita harus mengakui yang permintaan mengatasi penawaran, ekonomi micro kita ada sedikit masalah. Dalam suku ke-2 inflasi akan meningkat 3%,  berapa la agaknya kos untuk menyambut Aidilfitri?

PS:   Raya ke tahun ni?
 

No comments:

Post a Comment